29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syasya Rizal Pegang Kata-Kata ‘Slowly But Surely’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi sebuah kata-kata yang menjadi pegangan dalam hidupnya sehingga hari ini iaitu ‘slowly but surely’.

    Artikel Berkaitan: Anak Syasya Rizal Dah Pandai Sebut Bapa Di Usia Lima Bulan

    Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Terkesan Didakwa Hamil Sebelum Nikah, Akan Sedaya Upaya Lindungi Yassir – ‘Cukuplah Sekadar Orang Sekeliling Yang Tahu’

    Tidak membandingkan

    Syasya atau nama lengkap Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata, kata-kata itu sentiasa disemat dalam hatinya setiap kali terbit rasa sering membandingkan rezeki serta perjalanan hidup dengan orang lain.

    Jelas Syasya, kata-kata itu juga mengajarnya supaya mensyukuri segala nikmat yang sudah ditetapkan oleh Allah.

    Slowly but surely (biar lambat tapi pasti), ini adalah kata-kata yang sentiasa tersemat dalam hati saya.

    Setiap kali saya mempersoalkan jalan hidup dan takdir, memperbandingkan diri dengan orang lain sehingga membuat saya terfikir, ‘kenapa saya tidak seperti mereka’.

    Tapi setiap kali perasaan itu datang, saya akan ambil nafas dan pesan pada diri sendiri, perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza.

    Rezeki, masa, pertumbuhan dan pelbagai lagi, semua orang ada haluan hidup masing-masing yang sudah ditetapkan.

    Syasya berkongsi perkara itu menerusi sesi soal jawab atau ‘Q&A’ di Instagram Story miliknya.

    MENARIK:  Adriana Adnan Cuba Nasib Tembusi Pasaran Indonesia – ‘Sukar Sebab Berjuta Orang’

    Tambah bekas anggota kumpulan Dolla, hidupnya kini lebih tenang dan mengakui menjadi lebih matang selepas tidak membandingkan kehidupannya dengan orang lain.

    Membandingkan hidup saya yang baru di ‘tajuk kedua’ dengan seseorang yang hidupnya sudah di ‘tajuk 10’ tidak akan menjadikan saya apa-apa.

    Jadi sekarang, saya memilih untuk bangga dengan pilihan dan rezeki yang saya ada. Semakin saya dewasa, saya lihat satu-persatu nikmat yang dikurniakan, itu membuatkan saya bersyukur.

    Sumber: Instagram

    The post Syasya Rizal Pegang Kata-Kata ‘Slowly But Surely’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah