Pelakon Nadia Brian akui bimbang apabila sering diberikan watak antagonis, khususnya karakter ‘penyondol’ sehingga timbul kerisauan jika imej tersebut terus melekat pada dirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadia Brian Kecewa Isu Pementasan Teater ‘This Is Malaysia’ – ‘Ia Meninggalkan Kesan Buat Saya Sebagai Rakyat’
Artikel Berkaitan: Nadia Brian Nafi Kenyataan Peluang Kedua Tuju Pada Bekas Kekasih – ‘Berkaitan Diri Sendiri, Cinta’
Takut badi

Ketika ditemui , Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata, meskipun sering membawa watak yang hampir sama, setiap karakter memerlukan usaha dan penghayatan tersendiri.
Bagaimanapun, Nadia percaya dirinya mempunyai kemampuan untuk membawa pelbagai jenis watak lain dan tidak mahu terus terikat dengan karakter antagonis semata.
Saya terlalu kerap dapat watak penyondol. Takut sebenarnya jadi badi.
Tapi sebenarnya watak-watak sebegitu memerlukan usaha yang lebih.
Saya rasa saya antara artis yang konsisten dapat watak yang seakan sama.
Saya boleh buat lebih dari watak itu. Yang tak perlu pakai solekan pun saya boleh.
Nadia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Telefilem Like & Latte yang berlangsung di Eleventea, Wangsa Maju baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadia meluahkan hasrat untuk mencabar kemampuan lakonannya dengan membawa watak biopik.
Saya teringin nak bawa watak biopik. Macam contoh Mahsuri.
Keluar modal sendiri untuk watak

Mengulas lanjut mengenai watak yang dijayakan, Nadia akui tidak kisah untuk mengeluarkan wang sendiri demi memastikan watak yang dibawakan kelihatan lebih realistik dan menepati karakter.
Malah, Nadia mendedahkan kebanyakan pakaian yang digayakannya sepanjang penggambaran merupakan koleksi peribadi yang dibawa sendiri bagi menjayakan watak tersebut.
Saya tak kisah untuk keluarkan duit sendiri bagi menjayakan watak yang dibawa.
Apa yang saya pakai masa penggambaran adalah kebanyakannya daripada baju saya sendiri.
Duit gaji yang saya dapat, saya akan asingkan untuk pakaian bagi beberapa babak yang memerlukan.
The post [VIDEO] Takut Watak Penyondol Jadi Badi, Nadia Brian Terbuka Bawa Karakter Berbeza – ‘Saya Nak Biopik’ first appeared on OHBULAN!.





