32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali & Suami Jaga Keselamatan Anak, Harap Tiada Yang ‘Upload’ Foto Baby M – ‘Saya Mohon Mereka Hormati Privasi Kami’

    Shopee Sale



    Sebagai pasangan yang baru sahaja dikurniakan zuriat, pelakon dan penyanyi Nabila Razali serta suami, Nik Iruwan mencuba sedaya upaya untuk memberi keselamatan yang terbaik untuk anak mereka.

    Jaga privasi anak

     

    View this post on Instagram

    A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

    Ketika ditemui , Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 33, memilih untuk menjaga keselamatan dan privasi anak mereka.

    Saya berharap mereka di luar sana menghormati privasi keluarga kecil saya. Apabila saya berkata saya belum bersedia (dedahkan wajah anak), jadi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan gambar anak.

    Tetapi apa-apa pun itu di luar bidang kuasa kami dan kami tak boleh nak menghalang.

    Justeru, Nabila berharap semua pihak menghormati keputusannya dengan tidak memuat naik foto cahaya matanya di media sosial.

    Sekiranya berlaku, saya akan cuba mesej individu tersebut dan meminta untuk turunkan hantaran yang melibatkan anak kami.

    Sebab saya rasa itu melebihi batasan, ibaratnya ‘tuan badan’ (ibu bapa) belum post lagi tetapi orang lain yang buat dahulu. Jadi, kita perlu saling menghormati.

    Dalam masa yang sama, sebagai seorang bapa, Nik Iruwan juga bertanggungjawab untuk melindungi anak serta keluarganya.

    Saya menitip beratkan keselamatan anak dan privasi keluarga dan cuba lindunginya sebaik mungkin.

    Saya juga mahu keluarga dekat dengan anak sebab kami juga sibuk tetapi sentuhan keluarga terhadap anak kami itu amat penting.

    Pertolongan daripada pembantu

    Sementara itu, pelakon drama Bawah Payung Awan tersebut turut menggunakan khidmat pembantu untuk menjaga anak mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Ada Kata Saya Sibuk Sampai Tak Jenguk Anak, Itu Tidak Benar’ – Fattah Amin

    Bagaimanapun, Nabila tidak sesekali bersikap lepas tangan, malah akan sentiasa memberi tumpuan terhadap anak.

    Saya ada pembantu yang turut menjaga anak kami tetapi saya sebagai ibu tetap sentiasa bersamanya.

    Walaupun pembantu banyak menolong, tetapi saya yakin kasih sayang dan sentuhan seorang ibu itu lebih baik.

    Jadi saya akan pastikan jadual kerja akan disusun dengan baik dan setiap kali berpeluang bersama anak, saya akan fokus kepadanya. Anak pun dalam fasa untuk membesar, jadi saya tak mahu lepaskan momen-momen indah bersama.

    Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.

    Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai ‘Baby M’ pada 23 Disember tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah