29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Tercakap, Tak Terucap..Hanya Kami Yang Tahu’ – Zara Zya Tetap Doakan Bapa

    Shopee Sale



    Meskipun didakwa sedang berdepan masalah dengan bapa kandungnya, namun pelakon Zara Zya tetap memilih untuk merahsiakan hal tersebut.

    Kunci mulut

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, dalam nada sebak berkata, dia enggan mengulas lanjut tentang isu berkenaan.

    Tak tercakap, tak terucap. Rasa sebak pula, hanya kami yang tahu.

    Mungkin ada orang tahu tapi untuk saya cakap lebih dalam, bukan di sini tempatnya.

    Sebelum ini, saya ada luahkan di media sosial tapi orang tak perasan. Kenapa yang ini menjadi bahan bualan?

    Menurut pelakon berusia 39 tahun itu, dia memilih untuk tidak bercerita lanjut berikutan tidak semua pihak memahami konflik yang sedang dihadapi oleh mereka ketika ini.

    Kalau cakap, perkara ini akan jadi lebih panjang dan orang takkan pernah faham.

    Walau ada yang kata faham, tapi mereka takkan faham sebab kami yang berada di dalam situasi ini. Kami sahaja yang tahu.

    Bagaimanapun, sebagai anak Zara tetap mendoakan yang terbaik buat bapanya.

    Apa-apa pun, saya sentiasa mendoakan untuk kami berlapang dada supaya dapat kembali. Insya-Allah, saya sentiasa doakan dia dan keluarga untuk bersatu.

    Walaupun kalau ikut perasaan, ia seperti tidak mungkin tapi saya sentiasa mengharapkan itu.

    Terdahulu, aktres tersebut mencuri perhatian apabila mengakui dirinya tidak menjalinkan hubungan yang baik bersama bapa kandungnya.

    MENARIK:  Marsha Milan Bakal Terbang Ke China, Bawa Budaya Sabah Ke Pentas Antarabangsa

    Dakwa Zara, bapanya itu tergamak melemparkan kata-kata hinaan dan cacian kepadanya menerusi beberapa akaun palsu yang dibuatnya di media sosial.

    Bapa Zara, Mohd Zainuddin, kemudian memaklumkan bahawa dirinya tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap puterinya malah, sentiasa merindui aktres itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah