33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tak Solat Jumaat Sebab Musafir Dari Selepas Subuh? Ini Penerangan Dari Ustaz Azhar Idrus

    Shopee Sale



    Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberikan penjelasannya terhadap persoalan yang diajukan jemaahnya mengenai hukum tidak mengerjakan solat Jumaat bagi mereka yang mula bermusafir selepas waktu Subuh.

    Boleh ke?

    Menerusi video dimuat naik @benny_x, UAI menjelaskan bahawa terdapat dua perbezaan pendapat mengenai perkara ini

    Pendapat muktamad dalam mazhab, kalau kita keluar daripada rumah bermusafir sebelum waktu Subuh, maka gugur kewajipan solat Jumaat.

    Tetapi sekiranya keluar bermusafir selepas waktu Subuh, tidak gugur kewajipan solat Jumaat melainkan kita berjalan (perjalanan) itu tidak mempunyai tempat yang melakukan solat Jumaat.

    Kalau yang ini, dia akan gugur juga walaupun dia keluar selepas waktu Subuh.

    Itu qaul muktamad tetapi pendapat yang dhaif dalam mazhab ialah walaupun seseorang itu keluar selepas Subuh dan selagi mana dia bermusafir maka gugur kewajipan untuk solat Jumaat.

    Terdahulu, seorang individu memaklumkan dirinya tidak menunaikan solat Jumaat kerana telah keluar bermusafir selepas waktu Subuh telah menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen.

    MENARIK:  Harris Baba ‘Terbangkan’ Akon Buat Konsert Di Malaysia & Singapura – ‘Ini Adalah Satu Kejutan Yang Besar’

    Ada netizen yang bersetuju dengan tindakan individu tersebut dan ada juga yang mempertikaikan tindakan individu berkenana sambil memaklumkan dirinya wajib untuk menunaikan solat Jumaat kerana bermusafir selepas waktu Subuh.

    Kesimpulannya, mengikut jawapan yang diberikan UAI, sudah gugur kewajipan bagi seseorang itu untuk menunaikan solat Jumaat selagi mana dia bermusafir. Wallahualam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah