26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syafie Naswip Pernah Jadi Mangsa Tak Dapat Bayaran, Dianiaya Produksi Selama Dua Tahun

    Shopee Sale



    Pelakon Syafie Naswip mengakui pernah berdepan situasi pahit berkenaan bayaran tertangguh selama sekitar dua tahun sewaktu menceburi bidang industri sedekad yang lalu.

    Teliti kontrak

    Ketika ditemui OhBulan, pemilik nama Muhammad Syafie Naswip, 32, berkata pengalaman pahit itu membuatkan dia lebih peka dengan meniliti butiran kontrak sebelum mencapai kata sepakat.

    Paling lama saya pernah kena dua tahun. Apabila saya kata nak buat laporan polis baru mereka bayar.

    Tetapi itu telah lama berlaku, ketika saya masih muda sebelum filem Songlap pada tahun 2011.

    Apabila dah terkena dengan situasi macam itu kita belajar. Jadi sekarang  saya baca semua kontrak dari awal sampai habis.

    Syafie berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Mantera di pusat membeli-belah The Starling Mall, Damansara pada Khamis.

    MENARIK:  Ibu Balut Bayi Dengan Tuala & Sorok Dalam Almari Pakaian, Nenek Terkejut Jumpa Mayat Cucu

    Bagaimanapun, pelakon filem Mukhsin itu berkata dia tidak menyimpan dendam dengan pasukan produksi itu malah tetap bertegur sapa sekiranya bertemu.

    Jelas Syafie, dia hanya menuntut hak miliknya seperti yang dipersetujui dalam kontrak.

    Saya tetap akan tuntut sampai dapat. Kalau tak mampu bayar, kena beritahu awal-awal. Jangan senyap sehinga berbulan-bulan.

    Kami tak gaduh. Kalau jumpa pun masih bertegur sapa.

    Dalam perkembangan lain, Syafie melakonkan watak Inspektor Zaf dalam filem Mantera yang bakal menemui penonton pada 24 April depan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah