34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Suami Didakwa ‘Cuci Kaki’, Rozita Ibrahim Nasihat Netizen – ‘Jangan Hina Orang, Saya Pun Tidaklah Kaya’

    Shopee Sale



    Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim tampil mempertahankan suaminya daripada komen negatif yang dilemparkan oleh warganet.

    Cuci kaki?

    " data-video-id="7498363917349997831" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @umarmisnan

    Semoga satu hari nanti ?????? bantu bonda dan kami juga ?? Alhamdulillah syukur ya ??????

    ? Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Rozita berkongsi komen warganet yang mendakwa suaminya bertuah kerana hanya ‘cuci kaki’ ketika mengahwininya.

    Tidak berdiam diri, Rozita menyifatkan semua insan di dunia ini adalah miskin dan kekayaan hanya milik Allah SWT.

    Ada netizen komen, ‘untunglah dapat suami yang cuci kaki.’

    Pada saya, kita jangan menghina sebab tiada sesiapa yang kaya di muka bumi ini.

    Kata guru saya, semua manusia adalah miskin termasuk saya..maksudnya yang kaya hanya Allah sahaja.

    Jangan hina orang

    bonda rozita ibrahim

    Justeru, Rozita menitipkan nasihat kepada warganet agar tidak menghina sesiapa pun kerana kekayaan atau kemiskinan seseorang.

    Semua manusia melalui takdir masing-masing. Kalau nak kata suami saya ‘cuci kaki’, saya pun tidaklah kaya..kaya pun sebab atas izin Allah.

    Bagi saya adalah tidak manis apabila menghina orang kerana dia tidak setaraf dengan saya kerana kekayaan sebab saya ini sebenarnya miskin. Saya tahu macam mana azabnya menjadi orang miskin.

    Jangan hina orang, kesian dekat diri sendiri sebab hati itu berpenyakit.

    Terdahulu, Rozita telah mendirikan rumah tangga dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Mungkin Salah Orang’ – Mawar Rashid Nafi Bakal Kahwin Lelaki Brunei

    Dalam masa yang sama, Rebecca juga menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung.

    Selain itu, tular video memperlihatkan pasangan itu berpimpin tangan, manakala anak kepada Rozita iaitu Ain turut mengesahkan ibunya telah berkahwin lain.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah