30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ameer Aiman Dedah Detik Pertama Jumpa Noor Nabila Di Gimnasium – ‘Saya Mengorat Dia’

    Shopee Sale

    Kekasih kepada usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila iaitu Ameer Aiman mendedahkan detik awal perkenalan mereka bermula di sebuah gimnasium tempatnya bekerja satu ketika dahulu.

    Artikel Berkaitan: Noor Nabila Belanja ‘Birthday Dinner’ Rosix Omar, Bil Cecah RM13,000 – ‘Semoga Rezeki Mengalir Macam Sungai’

    Artikel Berkaitan: Rumah Noor Nabila Macam Mini Farmasi, Segala Jenis Ubat Ada’

    Jumpa dekat gim

    Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Ameer berkata mereka kerap terserempak di gim tersebut sehingga masing-masing mula memberi perhatian antara satu sama lain.

    Bila selalu datang gim ini dan workout di sini, saya dulu kerja dekat gim sini. Dia asyik tengok saya dan saya pun asyik tengok dia. Macam sama-sama saling usha, lepas itu saya pun mengoratlah dia.

    Dalam masa sama, Noor Nabila atau lebih mesra disapa Bella turut berkongsi Ameer sering membantunya ketika melakukan latihan di gimnasium.

    MENARIK:  Cakra Khan Faham Perasaan Zazleen, Miliki Suara Unik – ‘Orang Kata Suara Saya Berkahak’

    Menurut Bella, Ameer juga banyak memberi tunjuk ajar terutama berkaitan teknik senaman yang betul.

    Ameer selalu ajar saya kalau dekat gim. Tapi bila dia ajar, saya pula tak ikut.

    Hubungan Noor Nabila dan Ameer semakin menjadi perhatian ramai apabila pasangan itu semakin terbuka berkongsi momen romantis bersama di media sosial.

    Rata-rata netizen turut merestui hubungan cinta pasangan itu selain mendoakan agar ikatan mereka berakhir di jenjang pelamin.

    Sumber: TikTok

    The post Ameer Aiman Dedah Detik Pertama Jumpa Noor Nabila Di Gimnasium – ‘Saya Mengorat Dia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah