25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Dipuji Sebutan Jelas Nyanyi Lagu Mandarin, Anggap Satu Penghormatan Dalam Karier Nyanyian

    Shopee Sale



    Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, bersyukur persembahannya pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China, Xi Jinping serta delegasinya di Putrajaya dipuji ramai.

    Terima pujian

    Menjawab mengenai video tular ketika persembahannya yang menarik perhatian Presiden China, Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, akui menerima banyak pujian dari rakan terdekat dan kenalan.

    Saya dapat mesej dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai nyanyian saya ketika sampaikan lagu klasik Mandarin itu.

    Suami di rumah pun dapat mesej dari kawan-kawannya yang hadir.

    Mereka beritahu delegasi dari China menyifatkan nyanyian saya bagus ketika sampaikan lagu klasik Mandarin itu sempurna.

    Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri , CTDK Holding dan Yayasan Nurjiwa di One World Hotel, Bandar Utama, pada Sabtu.

    MENARIK:  [VIDEO] Vida Terima Pujian Kerana Berani & ‘Confident’ Buat Pembentangan, Netizen Komen ‘Nak Berjaya Tak Boleh Malu’

    Lagu klasik Mandarin

    Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Purnama Merindu itu menganggap peluang ini sebagai satu penghormatan buatnya sebagai anak seni.

    Saya diundang pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk membuat persembahan di Seri Perdana dan jadual saya pula free ketika itu.

    Pihak Motac juga banyak membantu dalam kerjaya saya dan ini juga salah satu sumbangan saya pada negara.

    Dalam pada itu, Siti akui lagu yang dibawa berjudul The Moon Represents My Heart nyanyian asal oleh Teresa Teng itu telah dinyanyikannya dari zaman awal berkecimpung dalam industri muzik.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah