Kasut tumit tinggi sering menjadi pilihan dalam kalangan wanita kerana dapat menambah keyakinan, mencantikkan penampilan, dan memberi ilusi kaki lebih panjang.
Artikel Berkaitan: Sarung Bantal Kotor Boleh Jadi Punca Pori Muka Tersumbat & Berjerawat
Artikel Berkaitan: Trend Tindik Tubuh? Ini Risiko Terhadap Kesihatan
Kasut tumit tinggi tidak menyokong kaki

Namun, di sebalik gaya menarik ini, pemakaian kasut tumit tinggi secara kerap boleh memberi impak yang buruk terhadap kesihatan kaki.
Pemakaian kasut tumit tinggi memerlukan perhatian terhadap saiz dan bentuk kasut, khususnya mengikut kelebaran kaki masing-masing.
Jenis kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan ketidakselesaan pada pinggang kerana tumit yang tinggi tidak dapat menyokong kaki sepenuhnya dan tidak mampu menampung berat badan dengan baik.
Begitu juga, hujung jari, tapak kaki, dan tumit mudah berasa sakit selepas berdiri atau berjalan lama, menjadikan pergerakan kurang selesa.
Kasut tumit tinggi paling sesuai dipakai pada permukaan rata. Jika digunakan di jalan yang tidak rata, berlubang, atau mempunyai bonggol, ianya berisiko untuk terseliuh pada buku lali, dan boleh menyebabkan lebam serta sakit pada lutut.
Oleh itu, pemakaian harian tidak digalakkan dan kasut tumit tinggi lebih sesuai untuk digayakan ke majlis khas atau situasi yang tidak melibatkan banyak pergerakan atau berdiri lama.
Tambahan pula, ketidakseimbangan tapak kaki ketika memakai kasut tumit tinggi akan memberi tekanan berlebihan pada sendi lutut.
Tekanan ini boleh menyebabkan masalah seperti osteoartritis, di mana tulang pada sendi menjadi haus dan bergesel antara satu sama lain hingga menimbulkan rasa sakit.
Bagi mereka yang sudah mengalami osteoartritis, pemakaian kasut tumit tinggi boleh memperburukkan lagi keadaan sendi dan meningkatkan risiko kecacatan.
Sumber: Puan Mary
The post Kasut Tumit Tinggi Bukan Sekadar Gaya, Ini Kesannya Pada Lutut & Kaki first appeared on OHBULAN!.





