27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shuib Trauma Rasa Kehilangan, Dedah Kerap ‘Overthinking’ – ‘Bila Watie Cakap Dia Mengandung, Saya Jadi Takut’

    Shopee Sale



    Pelawak dan usahawan, Shuib akui perit menerima ujian pemergian anak dalam kandungan isterinya, Watie Hanifiah yang berusia lebih kurang tiga bulan.

    Trauma hilang orang tersayang

    Menerusi sesi temu bual di Melodi, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 40, mendedahkan bahawa dia diselubungi dengan perasaan trauma apabila Watie mengumumkan dirinya sah berbadan dua.

    Tambah Shuib, perasaan itu datang tanpa diduga kerana pengalaman hitamnya yang kehilangan arwah Siti Sarah ketika melahirkan anak keempat, Ayash Affan.

    Perasaan itu datang secara tiba-tiba. Bila Watie bagitahu dia mengandung, saya rasa takut hilang dia.

    Dulu orang pernah cakap dekat saya, Sarah meninggal dunia sebab melahirkan anak keempat.

    Jadi, bila Watie mengandung, perasaan itu kembali datang.

    Saya banyak kali bagitahu Watie, saya takut perkara sama berulang lagi.

    Watie cuma cakap ‘itu jalan yang Sarah lalui’.

    Keadaan Watie berpantang

    Berkongsi lebih lanjut, pelawak berusia 40 tahun itu memaklumkan bahawa keadaan Watie pada minggu pertama agak sukar apabila perlu menjalani proses berpantang tanpa kehadiran bayi.

    Dia menangis teruk sebab dia sedang menikmati fasa kehamilan.

    Hari pertama dan kedua, Watie tak mahu bercakap dengan sesiapa kecuali saya dan anak-anak.

    Minggu pertama agak mencabar untuk saya fahamkan Watie dengan ujian ini.

    Tapi sekarang alhamdulillah Watie semakin baik keadaannya.

    Dalam pada itu, Shuib memohon doa pada orang ramai agar Watie diberikan kekuatan untuk reda dengan ujian yang menimpa mereka sekeluarga.

    MENARIK:  Kesan Buruk Pengkritik Filem Berbayar Terhadap Industri Filem - Oleh Ahmad Idham

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah