25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shila Amzah Belanja Cover Lagu ‘Masing Masing’, Peminat Puji – ‘Dalam Pantang Pun Suara Sedap’

    Shopee Sale



    Shila Amzah

    Penyanyi Shila Amzah memuat naik sepotong video memperlihatkan dia sedang menyanyikan semula atau ‘cover’ lagu berjudul Masing-Masing nyanyian Ernie Zakri sebagai pengubat rindu kepada peminat.

    Belanja lagu

    Shila Amzah

    Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, dia tidak sabar untuk kembali membuat persembahan apabila tempoh pantangnya bakal berakhir tidak lama lagi.

    Saya sebenarnya rindu korang (kelab peminat Shila). Saya masih dalam pantang lagi, dalam tiga minggu lebih.

    Jadi saya nyanyikan lagu ini (Masing Masing), harap korang semua suka.

    Dalam hantaran itu, Shila turut memberitahu lagu asal nyanyian Ernie Zakri itu juga merupakan lagu kegemaran suaminya, Ubai MZ.

    Tapi lagu ini memang suami request dah lama. Please wait for me okay.

    Saya akan kembali tidak lama lagi. Adik (Ernie Zakri) pinjam lagu jap.

    Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen berkata kerinduan mereka terubat selepas menyaksikan video tersebut.

    Sekadar info, Shila kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua pada 9 Mei lalu.

    MENARIK:  ‘Semoga Diberi Kesempatan Melihat Anak-Anak Nanti Naik Pelamin’ – Siti Nurhaliza

    Shila dan Ubai sepakat memberi nama Rhea Akira kepada puteri mereka.

    Imbas kembali, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 5 Ogos 2023.

    Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 namun berpisah selepas empat tahun.

    Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah