Penyanyi, Shiha Zikir meluahkan hasrat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38 dengan harapan agar ibunya kembali sihat seperti sediakala.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Yang Nampak Kedai Tutup Walhal Buka’ – Shiha Zikir Percaya Wujudnya Sihir, Tegas Bukan Punca Restoran Tamat Operasi
Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Nasihat Amad Dayyan Jaga Percakapan Dengan Orang Dewasa – ‘Janji, Jangan Ulang Salah Sama’
Hari lahir Shiha

Ketika ditemui Shiha, 38, berkata, kesihatan ibunya merupakan perkara paling utama yang diharapkan pada hari istimewanya itu.
Difahamkan, ibunya berdepan masalah kesihatan tersebut sejak September lalu.
Untuk birthday saya tahun ini, saya nak mak sihat macam biasa sahaja.
Saya juga berdoa untuk jadi orang yang boleh bagi orang lain gembira.
Saya harap sangat orang ramai dapat selitkan doa untuk mak. Itu adalah sumber kekuatan saya yang utama.
Shiha berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Single Baharu Hazreen Amreena berjudul Teruskanlah yang berlangsung di Six In the City, Shah Alam.
Mengulas lanjut, Shiha mengakui berita mengenai penyakit yang dialami ibunya sememangnya sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh mereka sekeluarga.
Bagaimanapun, kekuatan mental dan sikap positif yang ditunjukkan ibunya menjadi sumber inspirasi untuk pelantun lagu Kalam itu terus tabah menghadapi dugaan berkenaan.
Bila doktor bagitahu tentang sakit mak, perkara itu memang tak disangka.
Bila tahu perkara itu, kami adik beradik memang down. Tapi mak ada mental yang sangat kuat.
Saya jadi macam ini sekarang, sebab mak seorang yang sangat positif.
The post [VIDEO] Shiha Zikir Titip Doa Sempena Birthday Ke 38 – ‘Saya Hanya Mahu Ibu Kembali Sihat’ first appeared on OHBULAN!.





