29.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Emoji Sedih Ibu Zahirah MacWilson Pada Hantaran Isu Derhaka Curi Perhatian

    Shopee Sale

    Tindakan ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff, yang meninggalkan emoji sedih pada perkongsian seorang individu berkaitan isu derhaka kepada ibu mencuri perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahirah MacWilson Menangis Mohon Maaf – ‘Saya Benar-Benar Kesal Atas Kejahilan Saya’

    Artikel Berkaitan: Zahirah MacWilson Mohon Maaf Persoal Kepercayaan Penganut Agama Lain – ‘Tiada Niat Singgung Perasaan Sesiapa’

    Emoji

    Hantaran yang dimuat naik seorang individu di Threads itu menyentuh mengenai isu derhaka kepada ibu sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

    Derhaka dengan mak, tengok satu Malaysia bash (kecam) awak sekarang.

    Menjengah ke ruangan komen, Maslinda dilihat tidak meninggalkan sebarang kata-kata, sebaliknya hanya membalas dengan tiga emoji sedih yang seolah-olah menggambarkan perasaannya.

    Bagaimanapun, menerusi tinjauan , individu tersebut telah memadam hantaran itu selepas mendapat perhatian netizen.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Anda Memerlukan Keberanian’ – Diana Danielle Yakin Tidak Terlambat Untuk Memperbaiki Diri

    Terdahulu, Zahirah mencetuskan kontroversi selepas berkongsi pandangan mengenai sambutan beberapa perayaan termasuk Krismas, Easter dan Halloween yang disifatkannya sebagai sukar difahami.

    Malah, dia turut mempersoalkan beberapa amalan sepanjang sambutan tersebut, antaranya kanak-kanak mengenakan kostum tertentu, meminta gula-gula atau coklat serta duduk di atas pangkuan lelaki lebih berusia.

    Perkongsian itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menyifatkan kenyataan Zahirah sebagai tidak sensitif kerana menyentuh amalan dan kepercayaan penganut agama lain.

    Pun begitu, Zahirah sebelum ini telah dua kali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada komuniti Kristan.

    Sumber: Threads

    The post Emoji Sedih Ibu Zahirah MacWilson Pada Hantaran Isu Derhaka Curi Perhatian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah