
Pelakon Edika Yusof mendedahkan sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya, Nor Hidayah Yusri sejak tiga bulan yang lalu.
Terpaksa akur

Ketika ditemui , Edika, 58, menjelaskan dia tidak memberi kebenaran namun terpaksa akur demi kebaikan isterinya.
Sudah masuk kira-kira tiga atau empat bulan lebih isteri saya keluar rumah.
Masa dia keluar daripada rumah boleh dikatakan nusyuz juga sebab saya tidak benarkan.
Kita boleh berbincang, ataupun hadiri sesi kaunseling, tetapi dia masih tetap dengan pendidian mahu keluar rumah.
Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana itu menganggap isterinya keluar daripada rumah kerana mahu bermuhasabah diri.
Bagaimanapun, Hidayah sudah tetap dengan keputusan mahu mengakhiri mahligai yang dibina selama 22 tahun.
Bila dia keluar rumah mungkin dia akan muhasabah diri, saya pun akan muhasabah diri dan mungkin berjumpa semula untik berbincang.
Tapi isteri saya sudah nekad untuk bercerai dan saya tidak boleh buat apa-apa.
Kata Edika, dia tidak mahu memfailkan nusyuz kerana tidak mahu membuka aib masing-masing.
Saya tidak failkan nusyuz sebab saya tidak mahu panjangkan cerita. Kita sesama Islam dan kita pun telah hidup selama 22 tahun, kita boleh berkawan dan bersama seperti dahulu demi anak-anak.
Isteri duduk dengan anak

Ketika ditanya mengenai kediaman yang diduduki isterinya, Edika berkata Hidayah kini tinggal bersama anak sulungnya, Fardeen Nasrulhaq.
Dia sudah pindah dekat kondominium bersama anak sulung manakala anak tiri saya duduk di unit yang sama tapi berbeza tingkat.
Anak saya pun dah besar jadi mereka boleh jaga ibu mereka.
Dalam pada itu, Edika turut menyatakan jauh di sudut hatinya dia masih menyayangi isterinya.
Mestilah siapa yang tidak menyayangi isteri sendiri.
Saya jaga dia seperti bayi. Ini pun saya risau dengan keadaan dia, makan dan minum.
Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai difailkan oleh Hidayah.





