32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zara Zya Akui Pernah Boros Berbelanja, Pilih Simpan Emas Untuk Masa Depan

    Shopee Sale

    Pelakon Zara Zya tidak lagi menjadikan barangan berjenama sebagai keutamaan sebaliknya memilih untuk menjalani kehidupan lebih sederhana dan mengutamakan simpanan demi masa depan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Suami Orang Tak Payahlah Nak Mesej Menggatal, Tolong Hormat Isteri’ – Zara Zya

    Artikel Berkaitan: ‘Ini Kali Pertama & Terakhir Saya Bawa Watak Penyondol..Bukan Takut Dibenci Tapi Untuk Diri Saya Sendiri’ – Zara Zya

    Zara Zya belajar kumpul emas

    Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia kini tidak kisah mengenakan pakaian berharga murah termasuk yang dibeli menerusi platform TikTok.

    Menurutnya, dia pernah melalui fasa terlalu seronok berbelanja, lebih-lebih lagi ketika menerima bayaran lumayan hasil kerjaya sebagai anak seni.

    Bagi saya perkara ini bukan untuk selebriti sahaja, tetapi untuk semua orang. Bila kita senang, kita selalu seronok berbelanja tanpa fikir panjang. Itu juga yang berlaku pada saya dahulu.

    Bila bergelar artis dan dapat bayaran sekaligus dalam jumlah yang banyak, kita mula rasa hendak beli beg tangan mewah, alat solek dan baju mahal.

    Sekarang ini saya beli baju di TikTok yang berharga RM10 sahaja. Bila orang tengok artis pakai baju sama, mereka akan pertikaikan seolah-olah kita tiada baju lain, jadi kita terpaksa beli baru.

    Zara, 41, berkata, kesedaran untuk lebih berjimat mula timbul apabila dia menyedari pembelian barangan mewah sekadar memberikan kepuasan sementara, malah tidak semestinya mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.

    Jelasnya, dia kini lebih cenderung menyimpan wang dan melabur dalam emas kerana menganggapnya sebagai salah satu persediaan kewangan untuk masa hadapan.

    Kalau dahulu sibuk hendak beli beg berjenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki, padahal semua itu tidak mendatangkan sebarang faedah melainkan keseronokan sementara sahaja.

    Akhirnya bil tetap kita yang kena bayar dan beg-beg itu pun bukan senang hendak dijual semula.

    Tetapi kalau kita simpan emas atau melabur, duit itu akan berkembang dan boleh dikeluarkan bila-bila masa. Itulah yang sebenarnya akan membuatkan kita tersenyum pada masa hadapan.

    Dalam pada itu, Zara mengakui pengalaman berdepan masalah kesihatan turut membuka matanya tentang kepentingan mempunyai simpanan dan perlindungan insurans.

    MENARIK:  Isteri Fizo Omar Kagum Cara Suami Tenangkan Perasaan Marah – ‘Dia Cuba Perbaiki Emosi Saya’

    Katanya, dia pernah mempunyai tiga polisi insurans dengan bayaran ribuan ringgit setiap bulan sebelum mengambil keputusan mengurangkannya kepada satu polisi sahaja.

    Bagaimanapun, pengalaman menerima bil rawatan hospital yang mencecah ratusan ribu ringgit membuatkan dia lebih menghargai kepentingan perlindungan tersebut.

    Bila jatuh sakit dan mahukan rawatan di hospital yang selesa, saya terkejut melihat bil rawatan mencecah ratusan ribu ringgit. Mujurlah insurans yang ada masih mampu menampungnya.

    Apatah lagi bila pernah berada dalam fasa sakit yang sangat membimbangkan, ia benar-benar menyedarkan saya tentang pentingnya simpanan demi kelangsungan hidup pada masa hadapan.

    Hakikatnya tiada siapa yang akan tolong kita melainkan diri sendiri, jadi tidak kira tua atau muda, kita memang wajib menyimpan.

    Zara berkata demikian ketika dilantik menjadi wajah kempen ketika majlis pembukaan kedai emas Cindai Gold Palace, pada Sabtu.

    Seru beli emas

    Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Cindai Gold Palace, Datuk Sri Haji Zainal Omar, pengunjung berpeluang untuk memiliki rekaan barang kemas terkini dan menceburi bidang perniagaan emas pada acara pembukaan tersebut.

    Pengunjung berpeluang menikmati dan memiliki koleksi barangan kemas terkini dengan variasi rekaan moden yang eksklusif.

    Cindai Gold Palace membuka ruang dan peluang perniagaan emas bersama kami bagi mereka yang berminat menceburi bidang ini.

    Hadiah-hadiah menarik menanti para pengunjung menerusi sesi cabutan bertuah yang diadakan khas sempena majlis pelancaran ini.

    Memandangkan pada masa ini sistem pembelian emas untuk simpanan secara digital sudah semakin mendapat tempat, Zainal menyifatkan sebagai satu kemudahan terutama bagi mereka yang menjalani gaya hidup yang sibuk saban hari.

    Zainal juga menyeru kepada masyarakat untuk mula membuat simapanan dalam bentuk aset emas demi membina manfaat dalam jangka masa panjang.

    The post [VIDEO] Zara Zya Akui Pernah Boros Berbelanja, Pilih Simpan Emas Untuk Masa Depan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah