26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sharifah Sakinah Tidak Mahu Ubah Ciptaan Allah Demi Kepuasan Orang Lain – ‘Eye Bags Ini Tak Mengganggu Saya’

    Shopee Sale



    Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan menerima banyak tawaran untuk melakukan pembedahan kantung mata (eye bags).

    Takkan ubah wajah 

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)

    Ketika ditemui , Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, walau bagaimanapun menegaskan bahawa dia tidak mahu mengubah wajah untuk orang lain.

    Saya tidak akan mengubah wajah yang Allah sudah berikan kepada saya. Kalau saya nak ubah sekali pun, ia adalah untuk kepuasan saya bukan kerana orang lain. Lagipun ia adalah sebahagian daripada anggota badan saya, jadi saya tak mahu mengubahnya.

    Saya bukanlah seorang yang mendengar kata-kata masyarakat semata-mata untuk mengubah wajah atau mengikut trend.

    Muka saya muka Melayu dan saya memiliki raut wajah yang serupa seperti ahli keluarga saya, segalanya daripada Allah SWT. Itu prinsip saya.

    Dalam masa yang sama, aktres berusia 36 tahun tersebut berkata, masalah kantung mata itu sama sekali tidak memberi kesan kepadanya.

    Eye bags ini tidak mengganggu kecantikan saya kerana kejelitaan seseorang adalah sangat subjektif.

    Sakinah berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan istimewa drama Curang Tanpa Niat yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] Tahniah! Sissy Imann Kini Pemegang Ijazah Sarjana Muzik

    Tips kekal sihat & cantik 

    Sementara itu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak tersebut juga berkongsi tips kecantikan yang sering diamalkannya.

    Saya guna petua orang-orang dahulu dan lebih kepada pengambilan bahan semula jadi. 

    Antaranya, saya mengamalkan mandi ais dalam tiga kali seminggu.

    Terdahulu, tular komen daripada warganet yang mahu menawarkan Sakinah untuk melakukan pembedahan kantung mata susulan fenomena watak Astrid yang dijayakannya kian mendapat perhatian ramai.

    " data-video-id="7468580690590780692" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Masing-masing ada kekurangan kan ?# #fyp #news #sharifahsakinah #tak #nak #ubah #ciptaan #allah #eyebags

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah