33.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hari Ini Negara Kehilangan Sosok Keibuan Yang Dekat Di Hati Rakyat’ – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, meluahkan rasa sedih di atas pemergian Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

    Artikel Berkaitan: ‘Beliau Ketawa Bersama Kami, Beri Nasihat Tentang Perkahwinan..’ – Syed Saddiq Sebak Kenang Momen Terakhir Bersama Tun Hasmah

    PM kenang Allahyarhamah Tun Hasmah

    Menerusi hantaran terbaharu di Threads, beliau menyifatkan Allahyarhamah Tun Hasmah sebagai seorang insan yang berlemah lembut, namum tetap kuat menghadapi cabaran.

    Menurutnya, kehilangan sosok yang begitu dekat dengan rakyat itu pastinya meninggalkan kesan mendalam, bukan sahaja kepada keluarga dan insan yang mengenalinya, malah seluruh negara.

    Saya, Azizah dan keluarga berdukacita menerima khabar pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini.

    Kami mengenali Almarhumah sebagai Kak Hasmah, seorang yang lembut tutur katanya, namun tabah dan kuat jiwanya, malah sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya dengan kasih sayang seorang ibu.

    Hari ini, negara kehilangan sosok keibuan yang dekat di hati rakyat.

    Dalam masa sama, Anwar turut menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta keluarganya dan berharap negarawan itu diberikan ketabahan menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

    Sementalahan, kami akan mengenang Kak Hasmah dengan rasa kasih yang mendalam, bersama segala jasa dan kebaikan yang ditinggalkannya.

    Saya dan Azizah merakamkan setulus takziah kepada Tun Dr Mahathir serta seluruh keluarga, dan mendoakan semoga Allah SWT mengampuni Almarhumah, menerima segala amal baktinya serta mengurniakan ketabahan kepada mereka yang ditinggalkan.

    Al-Fatihah.

    Terdahulu, media melaporkan Allahyarhamah Tun Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).

    MENARIK:  ‘Satu Malaysia Tahu Cerita Celah Kain, Malu Oi!’- Nadia Annuar Tegur Pasangan Cerai Jangan Jaja Aib Di Media Sosial

    Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak.

    Sumber: Threads

    The post ‘Hari Ini Negara Kehilangan Sosok Keibuan Yang Dekat Di Hati Rakyat’ – PM first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah