Suasana meriah Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre malam tadi seketika berubah cemas apabila seorang peminat wanita pengsan selepas mengambil gambar bersama pengacara dan penyanyi, Roslan Shah.
Artikel Berkaitan: Roslan Shah Serasi Duet Bersama Yassin, Hadiah Lagu ‘Alamak Terlepas Bas Raya’ Kepada Gen Z
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Walaupun Sibuk Dengan Kerja Seni, Tanggungjawab Jaga Bapa Tiri Tetap Nombor Satu’ – Roslan Shah
Peminat kelihatan panik
Roslan atau lebih mesra disapa sebagai Cik Lan hadir untuk menghiburkan pengunjung dengan persembahan istimewa, menceritakan bahawa kejadian itu berlaku dengan secara tiba-tiba sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan orang sekeliling.
Memang ada sedikit kekecohan berlaku malam tadi.
Selepas bergambar dengan saya, tiba-tiba peminat itu pengsan.
Pada mulanya saya ingat dia bergurau atau main-main.
Sebelum ini, Cik Lan sempat berkongsi video kejadian tersebut di akaun TikTok miliknya, yang turut menarik perhatian netizen.
Menurutnya, dia mula sedar keadaan sebenar selepas melihat peminat itu kelihatan cemas dan seperti mengalami serangan ‘anxiety’.
Bila saya nampak dia macam panik, saya pun terus rasa terkejut dan risau.
Memang tak sangka perkara macam itu boleh berlaku depan mata.
Keadaan kembali baik

Cik Lan pada mulanya berniat untuk membantu, tetapi memilih untuk berhati-hati kerana peminat itu merupakan wanita bertudung dan kejadian berlaku di tempat awam yang ramai orang.
Saya memang terfikir nak bantu angkatkan, tetapi saya tak mahu tersalah tindakan sebab dia wanita bertudung dan keadaan pula di tempat terbuka yang ramai orang.
Jadi saya serahkan kepada mereka yang lebih sesuai untuk membantu.
Pelantun lagu Alamak Terlepas Bus Raya itu lega apabila peminat berkenaan segera mendapat bantuan daripada petugas Fiesta Mega Raya 2026 yang berada di lokasi.
Dalam pada itu, dia memuji tindakan pantas petugas acara yang menenangkan peminat itu serta membawanya ke kawasan yang lebih selesa untuk berehat.
Alhamdulillah Fiesta Mega Raya 2026 cepat membantu.
Mereka bagi peminat itu kipas, bagi dia minum air dan suruh peminat itu duduk berehat sekejap.
Selepas itu, keadaan dia nampak semakin okay.
Fiesta Mega Raya 2026 yang berlangsung dari 7 Mac hingga 18 Mac di Sabah International Convention Centre dianjurkan sebagai festival Aidilfitri berskala besar yang menghimpunkan pelbagai elemen termasuk membeli-belah, makanan dan minuman, hiburan keluarga, budaya, gaya hidup serta keusahawanan dalam satu platform bertaraf antarabangsa.
Acara ini dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tempoh berlangsung.
Antara tarikan utama fiesta ialah penyertaan vendor terpilih, persembahan artis dan selebriti, aktiviti pentas harian, zon tematik Aidilfitri, pameran produk halal, serta pelbagai aktiviti mesra keluarga.
Festival ini membawa tagline rasmi ‘Raya Paling Meriah Bah!’.
The post [VIDEO] ‘Selepas Bergambar Dengan Saya, Tiba-Tiba Dia Pengsan’ – Roslan Shah first appeared on OHBULAN!.





