26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hamil Hasil Hubungan Terlarang, Ustaz Jafri Terangkan Nasab Anak Dalam Drama Khianat Yang Terpilih

    Shopee Sale

    Drama Khianat Yang Terpilih terus menjadi topik hangat dalam kalangan penonton kerana jalan ceritanya mengupas isu sensitif, termasuk aspek hukum agama.

    Artikel Berkaitan: ‘Fikir Nasib Anak Yang Akan Dilahirkan Sebelum Terlanjur’ – Individu Sifatkan Drama Khianat Yang Terpilih Sebagai Peringatan

    Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Nerd Selalu Curang & Buat Hal’ – Puteri Aishah

    Dinasabkan kepada suami

    Salah satu babak yang paling mendapat perhatian adalah melibatkan watak Asmida yang dilakonan oleh Puteri Aishah yang hamil hasil hubungan terlarang dengan Ali iaitu lakonan Ben Amir, sedangkan kedua-duanya masih terikat dengan pasangan masing-masing.

    Perkembangan ini menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan penonton, terutamanya mengenai nasab anak tersebut.

    Seperti contoh, siapa yang layak menjadi ‘bin’ kepada anak itu, adakah perlu berlaku perceraian, dan bagaimana hukum Islam menentukannya.

    Menyentuh tentang isu ini, ustaz Jafri Abu Bakar menjelaskan bahawa dalam Islam, nasab anak ditentukan berdasarkan status perkahwinan wanita semasa mengandung.

    Bagi wanita yang ada suami, anak yang dilahirkan olehnya pada asalnya dinasabkan kepada suami, berdasarkan kaedah anak itu dinasabkan kepada pemilik hamparan.

    Hamparan di sini adalah kiasan kepada wanita.

    Jadi, mana-mana lelaki yang memiliki wanita dengan akad yang sah, maka anak yang dilahirkan wanita itu adalah anaknya.

    Proses li’an

    Bagaimanapun, terdapat pengecualian sekiranya suami yakin anak itu bukan hasil benihnya.

    Jika suami mempunyai bukti yang kuat, dia boleh menafikan nasab anak itu melalui proses li’an, iaitu sumpah laknat di hadapan hakim atau qadhi.

    Dengan berlakunya li’an, anak itu tidak lagi dinasabkan kepada suami, sebaliknya kepada si ibu.

    Ustaz Jafri turut menekankan bahawa penentuan atau penafian nasab tidak boleh dilakukan sesuka hati atau sekadar bergantung kepada ujian DNA.

    Dalam syarak, pengisytiharan nasab perlu melalui akad perkahwinan.

    Manakala penafian pula melalui li’an.

    Proses li’an juga menyebabkan pasangan tersebut terpisah buat selama-lamanya.

    Drama Khianat Yang Terpilih kini menghampiri episod penutup yang dijadual bersiaran pada Rabu minggu hadapan.

    MENARIK:  Uqasha Senrose Dedah Tidur Sendiri Sepanjang Hamil, Sanggup Bertaruh Nyawa Demi Uqaira – ‘Kamu Dunia Bubu’

    Penonton dialu-alukan untuk menontonnya, setiap Isnin hingga Jumaat, di slot Akasia, TV3.

    Selain itu, episod terbaru juga boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi iQIYI, satu jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web atau aplikasi yang tersedia di Google Play dan App Store.

    The post Hamil Hasil Hubungan Terlarang, Ustaz Jafri Terangkan Nasab Anak Dalam Drama Khianat Yang Terpilih first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah