Pelakon Sophia Albarakbah memilih untuk tidak melayan komen segelintir netizen yang mendakwa wujud ketegangan antara dirinya dan penyanyi Bella Astillah ketika mereka berada di atas pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Sophia Albarakbah Janggal Di Atas Pentas AMT25 – ‘Saya Kenal Sangat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astilah Bagi ‘Pickup Line’, Syed Saddiq Tergamam – ‘Kopi Pahit, Tapi Kisah Kita Yang Manis’
Kekal profesional
Ketika ditemui , Sophia atau nama lengkapnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, enggan mengambil perkara tersebut secara negatif dan memilih untuk kekal profesional serta tidak memperbesarkan situasi yang boleh mengundang salah faham peminat.
Pelakon filem Saka Perawan itu menjelaskan bahawa dia tidak merasakan situasi di atas pentas itu janggal sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada pengiktirafan yang diterima pada malam acara tersebut apabila diumumkan sebagai penerima trofi Selebriti Feminin Terhangat.
Okay sahaja, sebab saya dalam industri yang sama.
Bagi saya, saya masih dalam proses memahami kenapa saya yang menang… masih terkejut sebenarnya.
Saya tak rasa kena sindir pun. Mungkin itu cara dia (Bella) sampaikan anugerah, dan saya bersyukur sangat dapat penghargaan ini.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Majlis Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada malam Ahad.
Enggan temu bual

Sementara itu, Bella pula menjadi perhatian apabila penyanyi itu dilihat enggan ditemu bual selain tidak menghadirkan diri ke bilik media walaupun memenangi kategori Selebriti Couple Goals Terhangat bersama pasangannya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Penyanyi itu dan Syed Saddiq beredar dari lokasi sejurus selepas acara selesai.
Pada malam kemuncak AMT 2025, suasana ketika Bella menyerahkan anugerah kepada Sophia turut menjadi bualan apabila interaksi mereka dikatakan kaku dan kurang mesra.
Bella juga kelihatan agak janggal ketika mengumumkan kemenangan Sophia dalam kategori yang dimenangi pelakon berkenaan.
The post [VIDEO] ‘Saya Tak Rasa Kena Sindir, Mungkin Itu Cara Bella Sampaikan Anugerah’ – Sophia Albarakbah first appeared on OHBULAN!.



# #kinitrending #bellaastillah #sophiaalbarakbah #bass #aliffaziz 

