29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Diuji Dengan Ujian Yang Sangat Berat, Apa Yang Saya Buat Adalah Tenangkan Diri & Beristighfar’ – Fattah Amin

    Shopee Sale



    Pelakon Fattah Amin berkongsi cara yang dilakukannya semasa ditimpa dengan ujian yang besar daripada Allah SWT.

    Nasihat Fattah

    " data-video-id="7474136675501788434" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @imani.imtiyaz

    Kalau ramai tanya knpe sayang sgt dengan adik kakak yg nie. Dr kakak kenal dia 10 thn lps.. Ini lah sebab2nya. 1st sekali sbb mjaga solat 5 waktu dan attitude dia yg buat kakak sgt2 adore. Thank n credit video @redvelvetmanis09 ?? “Taubat Ramadhan, Max Atria, Singapore @fattahamin #fattahamin #singapore #fyp

    ? original sound – imani.imtiyaz – imani.imtiyaz

    Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohamad Amin dilihat berkongsi tentang perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan di dalam sebuah majlis.

    Menurut aktor berusia 35 tahun itu, dia juga tidak terlepas daripada ujian Allah SWT namun memilih untuk tidak cepat melatah atau beremosi.

    Saya diuji dengan ujian yang sangat berat. Apa yang saya buat adalah saya akan tenangkan diri dahulu dan beristighfar.

    Apabila diuji kita jangan terus beremosi. Kalau boleh kita relaks dan beristighfar.

    Antara ujian besar saya, saya diuji dengan kegagalan dalam perkahwinan.

    Ada juga orang yang diuji dengan pemergian orang-orang tersayang.

    Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan tersebut turut menitipkan nasihat agar sentiasa mendahulukan solat kerana baginya ia adalah masa yang sesuai untuk mengadu segala masalah kepada Allah SWT.

    Waktu solat sebenarnya waktu untuk kita mengadu kepada Allah. Kalau ada masa solat sunat itu lebih bagus.

    Mengadulah kepada pencipta kita iaitu kepada yang memberi ujian. Kita kena sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang Allah berikan.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap sabar dan tenang yang dimiliki Fattah.

    MENARIK:  Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Langsai Hutang RM18,000 Segera! – ‘Abah Saya Hidap Kanser Usus, Ini Kecemasan’

    Malah mereka juga menyifatkan Fattah sebagai seorang yang matang kerana reda dengan ujian yang diberi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah