26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Salah Ke Sudah Berpisah Tapi Masih Berbaik? – Nashkay

    Shopee Sale

    Meskipun telah nekad memilih jalan perpisahan namun masih ada segelintir warganet yang kurang senang melihat hubungan baik antara personaliti media sosial dan ushawan, Nashkay dengan bekas suaminya Kelana Shamsudin Alamudi.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kurang Senang Nashkay & Bekas Suami Bekerjasama, Empunya Badan Tampil Perjelas – ‘Kami Tak Duduk Sekali’ 

    MENARIK:  [VIDEO] Leona Dedah Rees Seorang Pemalu, Mahu Ubah Jadi ‘Influencer’ Dalam Masa Dua Bulan

    Artikel Berkaitan: Nashkay & Suami Sah Bercerai, Harap Jadi ‘Co Parent’ Terbaik Buat Anak-Anak

    Kekalkan hubungan baik

    " data-video-id="7552015911734103304" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @nashkayscarf

    Replying to @Zuraini

    ♬ original sound – Nashkay – Nashkay

    Menurusi hantaran di TikTok, Nashkay mendakwa dia menerima kecaman daripada segelintir warganet ketika melakukan sesi siaran langsung bersama bekas suami.

    Salah ke sudah berpisah tapi masih berbaik?

    Saya perasan bila saya buat siaran langsung dengan bekas suami, ramai yang kecam.

    Mereka kata, ‘lebih baik tak payah berpisah’.

    Enggan ulas

    Menurut Nashkay, dia memilih untuk tidak mendedahkan punca perceraian kepada umum kerana mahu mengekalkan hubungan yang baik.

    Kami sebelum ini berkahwin 15 tahun dan bukannya baru setahun, jadi bila kami berpisah mesti ada sebab.

    Tapi saya tak nak berkongsi di media sosial tentang sebab itu (punca perceraian).

    Ada benda yang jadi, tapi saya tak nak ulas apa-apa dan saya nak kami berpisah dalam keadaan yang baik.

    Pemilik nama Siti Nur Nashrah itu juga mengakui hubungan yang baik dengan bekas suami bukan sahaja dapat memberi impak yang positif kepada anak-anak tetapi ia turut memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti perniagaan bersama.

    Anak-anak pun okay, boleh cari rezeki.

    Ada masa kami boleh buat siaran langsung bersama dan dia boleh tolong.

    Hasil pendapatan akan memudahkan kami, kami boleh bayar komitmen bersama.

    Dulu masa bergaduh orang kecam, berbaik pun orang kecam. Netizen nak apa sebenarnya?

    Terdahulu, menerusi hantaran di media sosial, Nashkay mengesahkan rumah tangganya bersama suami sudah berakhir.

    Menurut Naskhay, perceraian berlaku kerana tiada lagi persefahaman namun dia dan suami memilih untuk menjaga hubungan baik demi anak-anak.

    Sumber: TikTok Nashkay

    The post [VIDEO] ‘Salah Ke Sudah Berpisah Tapi Masih Berbaik? – Nashkay first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah