30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jasmine Suraya Terharu Filem Pavane For An Infant Terpilih Mewakili Malaysia Ke Oscar 2026

    Shopee Sale

    Pelakon Jasmine Suraya melakar satu lagi sejarah dalam kariernya apabila filem lakonannya, Pavane for an Infant, diumumkan sebagai wakil Malaysia ke Anugerah Akademi (Oscar) Ke-98 di Los Angeles tahun 2026.

    Artikel Berkaitan: ‘Tangan Terketar-Ketar Nak Packing Barang Masa Dapat Notifikasi Kena Pindah Serta-Merta’ – Jasmine Suraya

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jasmine Suraya Berdepan Detik Cemas Akibat Kebakaran Hutan Di Los Angeles – ‘Saya Naik Ke Bumbung Periksa Keadaan’

    Momen membanggakan

    Menurut Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 36, berkata pemilihan karya arahan daripada Chong Keat Aun itu menjadi momen paling membanggakan dalam kerjaya seninya dan juga seluruh tenaga produksi yang terlibat.

    Pada awalnya, saya terkejut sebab tidak sangka filem ini dipilih.

    Lagipun, tahun ini banyak filem Malaysia yang hebat tetapi Pavane for an Infant terpilih diantara yang terbaik.

    Saya sangat terharu sebab ini kali pertama saya terlibat dalam filem yang mewakili Malaysia ke Oscar.

    Boleh katakan ini impian terbesar yang sudah tercapai. Saya harap kejayaan ini membuka ruang lebih lagi buat karya tempatan untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Kekuatan dalam penceritaan

    Menurut Jasmin, kejayaan sesebuah filem tidak seharusnya diukur dari segi nilai komersial semata-mata, sebaliknya terletak pada kekuatan penceritaan serta kejujuran dalam pendekatan sinematografinya.

    Ini adalah permulaan yang baik dan peringatan kepada kita semua bahawa jalan cerita yang menyentuh jiwa tetap penting.

    Filem ini bukanlah karya arus perdana yang menjadi pilihan ramai, tetapi nilai seni dan kemanusiaannya juga cukup kuat.

    Jasmine yang melakonkan watak Nurul iaitu seorang wanita yang dilahirkan sebagai khunsa mengakui cabaran terbesar bukan sekadar dari segi fizikal, tetapi bagaimana dirinya untuk memahami konflik dalaman yang dihadapi watak itu.

    Nurul dilahirkan dengan dua jantina tetapi ayahnya memilih untuk membesarkannya sebagai wanita.

    Jadi, Nurul membesar dengan perasaan malu dan keliru kerana hak untuk memilih jantina sendiri sudah diambil orang lain.

    Saya cuba faham apa rasanya bila seseorang itu kehilangan kebebasan dalam menentukan siapa dirinya. Daripada situ lah datangnya rasa kosong, marah dan sedih yang saya bawakan ke dalam lakonan.

    Jasmine turut berkongsi bahawa dia dibantu oleh pelakon senior, Ida Nerina yang bertindak menjadi guru lakonannya untuk benar-benar menghayati watak tersebut.

    Saya mendapat bantuan daripada pelakon senior iaitu Ida Nerina yang berperanan sebagai guru lakonan.

    Saya juga belajar menunggang motosikal dan pergi ke set penggambaran seorang diri supaya saya betul-betul faham kehidupan watak Nurul yang berasal dari latar belakang seorang B40.

    Selain Jasmine, filem ini turut dibintangi barisan pelakon hebat, antaranya Fish Liew, Natalie Hsu, Ben Yuen dan ramai lagi.

    MENARIK:  Fattah Amin Terkejut Dijadikan ‘Viral’, Bersyukur Diterima Ramai dalam Filem Indonesia

    Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang Lai Sum, seorang pekerja di sebuah pusat perlindungan bayi yang cuba membantu remaja hamil di bawah umur, berdepan dengan dilema sama ada untuk menggugurkan kandungan atau tidak.

    Namun, tindakan mereka akhirnya membawa kepada perjuangan getir dalam menentang kekuasaan patriarki dan tekanan keagamaan, sekali gus mengancam keselamatan serta maruah diri.

    Filem terbitan Janji Pictures Production Sdn Bhd ini sudah pun mencipta nama di beberapa Festival Filem New York Asia ke-24 serta Festival Filem Golden Horse Taipei yang dianggap sebagai ‘Oscar’ dalam dunia sinema China, Hong Kong dan Taiwan.

    The post Jasmine Suraya Terharu Filem Pavane For An Infant Terpilih Mewakili Malaysia Ke Oscar 2026 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah