34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ryan Bakery Bertegas Pempengaruh Perlu Sedar Diri, Adab Nombor Satu – ‘Bukan Semua Orang Boleh Terima Jenaka Kita’

    Shopee Sale



    Personaliti media sosial, Ryan Bakery memberi pendapat berhubung isu pempengaruh yang didakwa dengan sengaja menjejaskan reputasi seorang pelakon wanita menerusi video parodi yang dikongsikan di media sosial.

    Buat permohanan maaf

    Ketika ditemui , Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata, setiap pencipta kandungan perlu menjaga sensitiviti sebelum memuat naik konten yang dihasilkan mereka meskipun ia hanyalah adalah jenaka.

    Kita perlu berhati-hati apabila membuat konten terutama yang melibatkan nama seseorang individu.

    Awak juga adalah seseorang yang dikenali dan begitu juga dengan nama individu yang disebut. Mungkin ada segelintir yang boleh terima jenaka seperti itu tetapi bukan semua orang sama.

    Dalam pada itu, Ryan meminta agar pempengaruh berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan mengambil iktibar dari insiden tersebut.

    Nasi sudah jadi bubur, minta maaf secara profesional dan jangan panjangkan lagi masalah itu. Bila ego tinggi ia jadi susah dan sukar.

    Sebagai orang muda kita mungkin tidak tahu sangat perasaan orang tua, bukan semua orang boleh terima lawak kita.

    Saya pun pernah dikecam gara-gara hal yang lebih kurang sama. Kemudian saya buat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa saya tidak ada sebarang niat. Saya ambil pengajaran untuk tidak mengulanginya lagi.

    Ryan berkata demikian pada sidang media Gempak Most Wanted Award 2024 (GMWA24)  yang berlangsung pada Ahad.

    Ryan terkesan 

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

    Sementara itu, pempengaruh berusia 30 tahun itu mengakui dirinya turut terkesan dengan isu berkenaan.

    Saya tertekan juga kerana terkena tempias. Ada yang komen dan DM (direct message) untuk mengingatkan saya tentang isu itu.

    Justeru, Ryan menegaskan setiap pempengaruh perlu mempunyai sifat sedar diri walaupun memiliki jumlah pengikut yang ramai.

    Orang yang ada pengikut berjuta tetapi tidak boleh disentuh maksudnya dia tidak sedar diri.

    Kita kena sedar apa yang kita ada hari ini atas sebab orang suka dengan konten kita. Kalau orang sudah tidak mengikuti (unfollow), maka hilanglah semuanya.

    Tentang adab pula, ia memang sewajarnya ditegur. Adab nombor satu.

    Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran Bard pada petang Khamis.

    MENARIK:  Fiziwoo Kunci Mulut Setahun, Dakwa Kolar Kurta & Motif Sampin Diciplak Jenama Tempatan – ‘Sepandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Juga’

    Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.

    Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.

    " data-video-id="7474847912934051093" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @official

    Adab itu penting yaa ??# #fyp #news #ryanbakery #perlu #sedar #diri #adab

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah