27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rozita Che Wan Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah – ‘Tempat Isteri Di Sisi Suami’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mencuri perhatian netizen dengan sikapnya yang ‘sempoi’ dan terbuka dalam menyambut kehadiran menantu sulung, tidak lama lagi.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Cerewet, Anak-Anak Bebas Pilih Pasangan Hidup Sendiri’ – Rozita Che Wan 

    Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Rasa Berat Nak Lepas Ammar, Bakal Terima Menantu Jun Tahun Depan

    Ammar kahwin 26 Jun

    View on Threads

    Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, baru-baru ini berkongsi perkembangan terkini mengenai majlis perkahwinan anak sulungnya, Ammar Effendy, yang dijadualkan berlangsung pada 26 Jun akan datang.

    26 Jun ini, selepas raya. Sekarang saya sibuk dengan persiapan koleksi baru untuk Raya. Lepas raya baru saya akan ‘all-out’ untuk persiapan perkahwinan Ammar.

    Ditanya mengenai karakter bakal menantunya, Rozita menyifatkan gadis pilihan Ammar yang dikenali sebagai Auni seorang yang pendiam. 

    Malah pelakon drama Kiah Pekasam ini tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya bakal menantunya itu ingin terus bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin nanti.

    Ammar ada cakap mungkin dia (Auni) nak berhenti kerja lepas kahwin. Bagi saya, terpulanglah.

    Tempat isteri di sisi suami. Kalau nak kerja boleh, tak nak pun tak ada masalah.

    Dalam pada itu, Rozita memberitahu dia tidak mahu pening kepala memikirkan soal ‘berebut’ kasih sayang anak.

    MENARIK:  [VIDEO] Wawa Zainal Kongsi Kisah Mula Bertudung, Akui Aeril Zafrel Penyebab Utama – ‘Dia Paksa Saya Bertudung’

    Malah dia lebih senang membiarkan menantunya mengambil alih tanggungjawab menjaga keperluan anaknya yang sudah mencecah usia 30 tahun itu.

    Tak payah berebutlah. Lepas kahwin tu, ambillah. Dia dah 30 tahun duduk dengan kita. 

    Kalau dia nak ‘mummy’ masak, saya masak. Kalau nak isteri masak, lagi senang, saya boleh tidur! Biarlah isteri pula yang ‘take over’.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Che Ta yang terbuka dan faham akan batas serta ruang selepas anak mendirikan rumah tangga.

    Sumber: Threads Majalah Nona

    The post [VIDEO] Rozita Che Wan Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah – ‘Tempat Isteri Di Sisi Suami’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah