Penyanyi Shila Amzah berhasrat untuk mengamalkan gaya hidup lebih sederhana serta membebaskan diri daripada segala bentuk hutang.
Artikel Berkaitan: ‘Anak Lelaki Sekolah International, Anak Perempuan Cina’ – Shila Amzah Pilih Pendidikan Berbeza
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Nasihat Syada Jangan Bertahan Dengan Individu ‘Red Flag’ – ‘Hidup Bukan Untuk Mengiyakan Atau Baiki Orang Tak Baik’
Selesaikan komitmen

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama sebenar Shila Amzah, 36, berkongsi azam untuk melangsaikan komitmen hutang kediaman dan kenderaan miliknya secepat mungkin.
Kata Shila, dia juga ingin mengurangkan jumlah barangan miliknya yang jarang digunakan sebagai sebahagian daripada perubahan gaya hidupnya.
Saya betul-betul nak bebas daripada hutang.
Nak habiskan bayar komitmen rumah dan kereta.
Selepas itu, saya nak kemaskan dan buang semua barang yang dah tak digunakan lagi.
Sebelum ini pernah juga buat, kalau dalam tempoh dua hingga tiga bulan tidak pakai lagi barangan itu, maksudnya memang tak perlukan dah.
Sikap impulsif

Dalam pada itu, pelantun lagu Memori Tercipta tersebut, mengakui sebelum ini dia kerap membuat langganan tanpa perancangan yang jelas.
Sehubungan itu, Shila juga bertekad untuk menghentikan tabiat berbelanja secara berlebihan dan tanpa kawalan.
Banyak juga saya buat langganan yang sebenarnya tiada hala tuju dan tak beri manfaat.
Bila fikir semula, memang rasa membazir.
Saya betul-betul nak berhenti membeli barang yang tak perlu.
Dulu sebab tak pernah urus dan pegang duit sendiri, bila dah ada kebebasan kewangan saya jadi agak impulsif.
Saya tak bangga dengan sikap itu.
Tapi saya sedar, dan saya sanggup ambil langkah besar untuk berubah jadi lebih baik.
Sumber: Threads Shila Amzah
The post ‘Saya Nak Bebas Hutang, Habiskan Bayar Rumah & Kereta..Berhenti Beli Barang Tak Perlu’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.





