28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rita Rudaini & Anak-Anak Lali Dengan Soalan Netizen Tentang Aidil Zafuan – ‘Tak Terkesan & Tak Perlu Kesiankan Kami’

    Shopee Sale



    Pelakon Rita Rudaini dan anak-anaknya sudah lali dengan pertanyaan warganet berkenaan bekas suami, iaitu pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

    Pertanyaan netizen

    " data-video-id="7463236853949304065" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @ritarudainifc

    Soalan fofularrr masa live..korg pon.. Kamonn arrr..Diorg dh hadapp bebelas tahun dah.. #alahbisategalbiasa #ritarudaini #airits #ritarudainifc

    ? original sound – RitaRudainiFC OFFICIAL – RitaRudainiFC OFFICIAL

    Ketika sesi siaran langsung di platform media sosial, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar dihujani dengan komen warganet berkenaan bekas suaminya itu.

    Ramai yang kata dekat mummy, ‘kesian dekat Ryyan dan Arjuna tak jumpa bapa.’

    Menurut aktres berusia 48 tahun itu, dia sudah terbiasa dengan pertanyaan tersebut malah sering mengajar anak-anaknya supaya tabah menghadapi kecaman warganet.

    Kita okay sahaja dan sudah terbiasa.

    Mummy ajar awak berdua untuk kuat dan tahan kecaman dari komen.

    Jawapan anak-anak

    rita rudaini anak2

    Sementara itu, anak sulung aktres tersebut iaitu Airit Rayyan menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak pernah terkesan dengan soalan-soalan sebegitu.

    Kami dah biasa sudah berapa juta kali dan dah muak (soalan netizen).

    Saya tak terkesan dan tak perlu kesiankan kami. Kami buat biasa sahaja.

    Mana ada kami hari-hari menangis, ada pernah nampak?

    Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bolasepak kebangsaan tersebut pada tahun 2008. Namun mereka disahkan bercerai pada 2013.

    MENARIK:  Deanna Yusof Perjelas Sebab Raikan Hari Natal – ‘Saya Pilih Untuk Hormati Apa Yang Memberi Cahaya ..’

    Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah