28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Rezeki Anak-Anak, Syed Saddiq Bukan Sekadar Pasangan Tapi Daddy Yang Menerima Sepenuh Hati’ – Umie Aida 

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Seri Paduka Umie Aida tidak ketinggalan untuk mengucapan tahniah kepada pasangan popular iaitu ahli politik Syed Saddiq dan selebriti Bella Astillah di atas pertunangan mereka hari ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Melamar Bella Di Atas Gunung Kinabalu Ketika Hujan Lebat’ – Syed Saddiq

    Artikel Berkaitan: ‘Bella & Syed Saddiq Bertunang Dulu, Barulah Nikah Dalam Tempoh Beberapa Bulan Lagi’

    Anak-anak Bella

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, mengucapkan rasa syukur apabila mengetahui pasangan itu bakal menuju ke mahligai perkahwinan.

    Alhamdulillah, satu permulaan yang baik. Satu langkah yang menunjukkan kesungguhan dalam sebuah hubungan.

    Dalam masa yang sama, Umie turut menyifatkan Bella sebagai seorang wanita yang bertuah kerana Ahli Parlimen Muar itu dapat menerima anak-anaknya dengan ikhlas.

    Satu saja pertanyaan kita pada Bella, “macam mana hubungan Syed dengan anak-anak?” MasyaAllah, di situlah jawapannya.

    Rezeki anak-anak Bella, dipertemukan dengan seorang lelaki yang hadir bukan sekadar sebagai pasangan, tapi sebagai seorang “daddy” yang menerima mereka sepenuh hati, tanpa batas, tanpa syarat.

    Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Teka Teki Terjawab! Bekas Adik Ipar Dedah Aida Aris Hutang Lebih RM208K – ‘Sila Bayar Secepat Mungkin’

    Sebelum ini media melaporkan pasangan itu bakal mengadakan majlis pertunangan pada petang Sabtu di Lembah Klang manakala majlis perkahwinan dijangkakan berlangsung beberapa bulan lagi.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] ‘Rezeki Anak-Anak, Syed Saddiq Bukan Sekadar Pasangan Tapi Daddy Yang Menerima Sepenuh Hati’ – Umie Aida  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah