26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Redza Rosli Nafi Dakwaan Isteri Sudah Hamil – ‘Itu Semua Fake News, Kalau Ada Saya Uar-Uarkan Dah’

    Shopee Sale



    Pelakon, Redza Rosli menafikan dakwaan mengatakan isterinya, Bella Hanna kini sedang berbadan dua.

    Berita palsu!

    Ketika ditemui , Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli menegaskan bahawa dia pasti akan menguar-uarkan kepada umum jika benar isterinya sedang hamil.

    Itu semua fake news. Memang saya ada nampak berita ini tersebar tapi tidak benar.

    Saya hanya mampu mengaminkan doa mereka dan kami nak zuriat. Saya akan kongsikan kalau betul isteri sedang hamil.

    Cukuplah perkahwinan saya dirahsiakan sebelum ini, tahu-tahu dapat kad jemputan saja.

    Bagi saya apabila sudah sampai waktu yang tepat untuk dikongsi, saya akan beritahu kepada umum.

    Redza berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di set lokasi penggambaran drama ‘Dendam Seorang Madu’ bertempat di sebuah kediaman mewah di Shah Alam pada Rabu.

    MENARIK:  ‘Joging Aku Lagi Wajib Dari Solat Hari Raya Aidiladha’

    Serah rezeki pada Allah

    Ketika ditanya adakah dirinya dan isteri merancang untuk menimang cahaya mata, pelakon drama ‘Bisik-Bisik Gelora’ ini menyerahkan segala ketentuan dan rezeki untuk mempunyai anak kepada Allah SWT.

    Apa yang saya nampak keserasian antara saya dan isteri adalah masing-masing suka buat perkara yang spontan.

    Contohnya kalau kami nak pergi bercuti, kami tak suka nak merancang.

    Begitu juga dalam soal rezeki anak, kalau sudah ada rezeki Allah nak bagi saya tidak akan menolak. Terima saja apa rezeki yang baik

    Sekadar info, Redza dan Bella selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah