Pendakwah selebriti, Haris Ismail menyorot perhatian apabila tampil menghulurkan bantuan kepada seorang balu selepas suaminya, arwah Amirul Hafiz Omar, maut dalam kemalangan jalan raya.
Artikel Berkaitan: PU Riz Mohon Henti Ungkit Isu Rentas Negeri, Akui Masih Rasa Bersalah Terhadap Bilal – ‘Peristiwa Durjana, Perit Ditelan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Didatangi Wanita Warga Emas, Tersentak Dengar Kisah Duka – ‘Dia Ada 10 Anak Tapi Seorang Pun Tak Ambil Tahu’
Hadiah basikal
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz dilihat menghadiahkan tiga buah basikal kepada anak-anak arwah, selain turut menyumbangkan barangan keperluan seperti susu bayi.
Walaupun berada dalam keadaan kurang sihat, namun PU Riz tetap mengagahkan diri turun padang memberi bantuan tersebut.
Kita beli beberapa buah basikal dan susu untuk keluarga arwah balu Amirul. Sajalah bagi mereka gembira sedikit.
Kita bantu mana yang boleh.
Dalam pada itu, PU Riz turut memaklumkan pihaknya akan membantu memastikan barangan asas keluarga itu mencukupi sekurang-kurangnya untuk tiga bulan.
Sebelum ini, seorang penungang motosikal dilaporkan maut selepas dirempuh pemandu mabuk yang bergerak laju di laluan bertentangan menuju ke arah bandar Klang dari Jalan Raya Barat.
Arwah meninggalkan isteri, Nor Nadia Abdul Majid, 32, serta tiga anak, iaitu Muhammad Aqif Amsyar, 9; Muhammad Afif Izz Rayqal, 7; dan Nur Humaira, 2.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] PU Riz Hadiahkan Basikal, Keperluan Asas Buat Keluarga Arwah Amirul – ‘Kita Bantu Mana Yang Boleh’ first appeared on OHBULAN!.





