Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz tampil memberi penjelasan susulan polemik yang tercetus berkaitan kenyataan yang didakwa dikaitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan kini hangat diperdebatkan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Neelofa & PU Riz Jawab Dakwaan Bayaran Kelas Agama Harga ‘Kayangan’ – ‘Kami Buat Di Hotel 5 Bintang, Makanan Mewah & Ada Goodies Bag’
Artikel Berkaitan: Neelofa Dalam Usaha Hafal 70 Doa Nabi – ‘Nak Ingat, Lancar Baca Menjelang Disember’
Punca LGBT sebab stres?

PU Riz menyuarakan rasa bimbang terhadap tindakan sesetengah pihak yang mengambil sebahagian kenyataan sahaja, sehingga mesej sebenar disalah tafsir dan berisiko menimbulkan polemik yang tidak perlu.
Jelasnya, sesuatu isu wajar dinilai secara keseluruhan, bukannya berdasarkan petikan terpilih yang boleh mengelirukan masyarakat.
Betulkah yang mengatakan Menteri Agama menyebut punca seseorang itu menjadi LGBT adalah kerana stres di tempat kerja?
Pada pandangan peribadi saya, itu bukanlah maksud sebenar yang ingin disampaikan. Apabila kita mengambil sebahagian sahaja daripada kenyataan seseorang, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan seolah-olah cuba menjustifikasikan perkara yang tidak sepatutnya.
Suami kepada usahawan, Neelofa ini berkata, dia memilih untuk mendapatkan penjelasan secara terus bagi memahami konteks sebenar kenyataan tersebut.
Saya sendiri berasa agak keliru dengan isu ini, jadi saya bertanya terus kepada pihak Kementerian, khususnya Menteri Agama.
Apa yang saya faham, pendekatan yang ingin diketengahkan sebenarnya adalah untuk menyelesaikan isu ini dengan melihat pandangan pakar serta memahami faktor-faktor yang berlaku secara lebih menyeluruh.
Faham keseluruhan maksud
View this post on Instagram
PU Riz menekankan bahawa ketika membincangkan isu sosial, perkara paling penting adalah pendekatan pencegahan yang bijaksana dan berhemah, serta memastikan masyarakat tidak cepat membuat tafsiran tanpa memahami konteks sepenuhnya.
Selain itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa juga menggunakan analogi untuk menerangkan bagaimana salah faham terhadap kenyataan boleh menjejaskan persepsi dan hubungan antara manusia.
Kalau kita ambil sesuatu ayat tanpa konteks yang lengkap, ia boleh menimbulkan salah faham. Contohnya apabila seorang ibu menegur anak dengan berkata ‘mak dah tak sayang kalau kau tak solat.
Jika anak hanya mendengar sebahagian ayat tanpa memahami keseluruhan maksud, ia boleh menyebabkan salah tafsir dan menimbulkan perasaan marah atau kecewa.
Dalam masa sama, bapa kepada dua cahaya mata ini menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menerima serta menyebarkan maklumat, terutamanya yang melibatkan isu sensitif yang berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.
Marilah kita mengambil sesuatu kenyataan dengan penuh konteks dan kefahaman yang jelas supaya mesej yang disampaikan benar-benar membawa kebaikan.
Dalam masyarakat majmuk seperti kita, sangat penting untuk kita saling menjaga sensitiviti dan mengukuhkan perpaduan.
Semoga Allah memberkati kita semua dan menguatkan perpaduan masyarakat majmuk yang kita miliki.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, menyatakan tekanan kerja mungkin menjadi salah satu punca individu terpengaruh dalam komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
The post [VIDEO] PU Riz Fahamkan Kekeliruan Kenyataan Menteri Agama Isu LGBT – ‘Sangat Penting Untuk Saling Menjaga Sensitiviti’ first appeared on OHBULAN!.





