27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RIM Perjelas Isu ‘Old Love’ Gagal Menang Lagu Paling Tinggi Distrim AIM 24

    Shopee Sale

    Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) tampil memberikan penjelasan berhubung kategori anugerah ‘Lagu Paling Tinggi Distrim’ di AIM24.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Nora Ariffin Teruja Jungkook BTS Layan Lagu ‘Old Love’

    Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Lagu Saya Tak Diberi Kemenangan?’ – Yuji Persoal Keputusan AIM-24, Tak Marah Pada Ernie Zakri

    Penjelasan lanjut

    Menurut RIM, pemenang kategori ini ditentukan sepenuhnya berdasarkan data penstriman yang dibekalkan kepada mereka oleh penyedia data pihak ketiga, melalui proses automatik tanpa sebarang campur tangan.

    Bagaimanapun, timbul persoalan apabila lagu Old Love nyanyian Yuji dan Putri Dahlia tidak tersenarai dalam Carta Domestik RIM, walaupun jelas mencatatkan jumlah strim yang sangat tinggi.

    Menurut RIM, isu ini berlaku kerana terdapat masalah teknikal melibatkan pendaftaran kod ISRC bagi lagu tersebut.

    ISRC adalah kod unik yang seakan “cap jari digital” untuk setiap rakaman lagu atau video muzik dan digunakan bagi menjejak jualan, strim dan royalti di seluruh dunia.

    Difahamkan, jika ingin diiktiraf sebagai keluaran tempatan Malaysia dalam Carta Domestik RIM, kod ISRC mesti bermula dengan awalan “MY”.

    MENARIK:  Ingat Lelaki Je Boleh Pasang 4? Datin Safieya Pun Boleh Weh!

    Berkongsi lebih lanjut, lagu “Old Love” didaftarkan dengan tiga ISRC berbeza yang masing-masing bermula dengan awalan luar negara seperti SE, TL dan QZ.

    Keadaan ini sekaligus menerangkan mengapa Old Love, meskipun berjaya mengumpul jumlah strim yang tinggi, tidak diambil kira dalam kategori ‘Lagu Paling Tinggi Distrim’ AIM24 yang berpandukan kepada carta rasmi RIM.

    Tegas RIM, isu ini penting bagi memberi kesedaran kepada artis serta label rakaman tempatan tentang keperluan mendaftarkan ISRC melalui RIM untuk semua muzik yang diterbitkan di Malaysia.

    Dengan cara ini, artis dan penerbit tempatan akan mendapat pengiktirafan sewajarnya, bukan sahaja dalam carta rasmi industri muzik, malah juga dalam pencalonan anugerah berprestij.

    Dalam pada itu, RIM menyeru label, pengedar dan artis tempatan menggunakan ISRC dengan awalan “MY” supaya isu sama tidak berulang serta pastikan artis Malaysia lebih menonjol di dalam dan luar negara.

    The post RIM Perjelas Isu ‘Old Love’ Gagal Menang Lagu Paling Tinggi Distrim AIM 24 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah