
Personaliti media sosial, Prince Syed Shahid bersuara selepas seorang netizen mempertikai tindakannya mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh di longkang pada awal pagi 1 Syawal.
HTAR paling dekat
Menerusi video di TikTok, Prince Syed berkata ketika insiden berlaku ketika dirinya berada di butik yang terletak di Prima Klang Avenue, Klang.
Dosa ke? Tak dosa kan. Rumah kami di sekitar Klang Utama, kejadian pun terjadi di Klang Utama. Malam tadi saya pergi butik yang terletak di sebelah Pejabat Daerah Klang.
Dekat Prima Klang Avenue berdekatan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Saya tak tahan kaki dah sakit. Moral of the story jangan nak ikut sedap mulut bercakap.
Servis hospital kerajaan bagus

Kata Prince Syed, tidak menjadi masalah untuk dirinya membayar RM10,000 atau RM20,000 di hospital swasta. Namun, pujinya HTAR memberikan servis terbaik sepanjang dia berada dalam kesakitan.
Yang penting baju raya kami meletop hari ini. Kerusi roda baru beli tadi harga tak mahal dalam RM700. Hospital Tengku Ampuan Rahimah paling dekat, tak salah pun pergi.
Hospital kerajaan atau swasta sama ja, bukan kami sengkek tak ada duit. Setakat RM10,000 dan RM20,000 tak ada masalah pun.
Lagipun servis hospital kerajaan bagus. Saya nak puji staf india yang urus saya, memang baik.
Dalam pada itu, Prince Syed turut mendedahkan busana raya yang digayakan isterinya berharga RM830,000.
Yang penting baju raya isteri saya harga RM830,000 manakala tas tangan RM35,000.





