26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Sarah Mengetahui Lokasi Kerja dan Nombor Telefon Lelaki Mulut ‘Celupar’ – ‘Kau Ingat Deactive, Kes Tutup?’

    Shopee Sale



    Puteri Sarah

    Pelakon Puteri Sarah memaklumkan dia sudah berjaya menjejaki lokasi tempat kerja individu yang dikenali sebagai Afiq Azni yang sebelum ini mengeluarkan kata-kata hinaan terhadapnya.

    Berjaya dapat nombor telefon

    Puteri Sarah

    Menerusi ciapan di platform X, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata dia juga berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit individu tersebut.

    Mamat Afiq ini mesti tak pernah kena apa-apa kan. Sebab itu kurang ajar setiap masa dan dia ingat terlepas. Dekat dalam media sosial sahaja berani.

    Dah tahu tempat kerja dia dan dah ada nombor telefon pun. Ramai sakit hati dengan kau ni. Kau ingat deactive, kes tutup?

    Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di entri sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berharap individu terbabit dibuang dari tempat kerjanya sebagai penghantar makanan.

    Dengar kata tengah training. Tolong buat staff toksik begini. Since kalian (majikan) pun dah tahu perkara ini viral.

    Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Afiq Azni meninggalkan komen berbentuk hinaan pada sebuah hantaran di Instagram Puteri Sarah dengan menggelar dia dan aktres, Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’.

    MENARIK:  [VIDEO] Datuk Red Gigih Jual Baju Dalam Kereta – ‘Korang Minta Saja Warna Apa, Saya Tukar Tiada Masalah’

    Berang dengan komen tersebut, Sarah berkata dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah