30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nora Danish Anggap Pelawaan Madu Mencuit Hati – ‘Mungkin Wanita Itu Bergurau, Saya Ambil Dari Sudut Positif’

    Shopee Sale

    Sejak kembali solo, pelakon Nora Danish mendedahkan sering menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang mahu berkenalan dengannya termasuk wanita yang ingin menjadikannya madu.

    Artikel Berkaitan: ‘Itu Fitnah..’– Nora Danish Kesal Kenyataan Mengenai Pemandu Lori Didakwa Disunting

    Artikel Berkaitan: Nora Danish Terharu Dilamar Jadi Isteri Kedua

    Madu

    Ketika ditemui , pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif, 44, berkata mesej itu diterima selepas dia berkongsi secara terbuka mengenai soal jodoh sehingga ada yang mengambil peluang untuk mendekatinya.

    Terhibur dengan pelawaan tersebut, Nora mengakui tidak pernah mengambil serius tentang perkara itu.

    Bila media cover cerita saya, ada saja orang DM macam-macamlah. Nak kenalkan suami dia la, ada yang adik nak ‘kenenkan’ untuk abang dia dan macam-macam.

    Saya kadang-kadang kalau boring baca sahajalah. Tapi, saya ada terfikir juga, adakah di antara mereka ini yang jodoh saya kan, kita pun tak tahu.

    Nora berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tahlil Tun Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Rabu.

    Mengulas perkongsiannya mengenai isteri yang mengizinkan suami berpoligami, Nora berkata hantaran itu dibuat secara spontan kerana tidak menyangka menerima mesej sedemikian.

    Sebenarnya saya post tu macam saja-saja waktu malam nak kongsikan macam ada sahaja isteri-isteri mulia di luar sana yang okay suami mereka bernikah sekali lagi jika mampu ataupun ada masalah-masalah lain kan.

    Macam saya fikir kalau saya di tempat dia, belum tentu saya merelakan benda tu kan. Cuma kebenaran akaun tu tak tahulah, kebenaran itu setakat mana kan?

    Mungkin isteri dia pun main-main. Saya memang cuba untuk melihat setiap perkara dari sudut positiflah. Itu sajalah.

    Malah, Nora berkata dia tidak pernah putus berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan percaya dengan setiap ketentuan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

    Saya memang sentiasa berdoa supaya Allah temukan saya jodoh yang baik di mata Allah, itu yang paling penting kan. Tak kisahlah siapa pun, kalau Allah kata itu yang terbaik untuk saya, saya akan merelakan.

    Takkanlah saya putus harapan, masih muda.

    Terdahulu, Nora berkongsi satu hantaran individu di Threads yang menyatakan hasrat untuk mencari calon isteri kedua buat suaminya.

    MENARIK:  ‘Sampah Tu Biarkan Saja Nanti Bandaran Datang Kutip’ – Rita Rudaini Titip Pesan Buat Bella Astillah

    Individu berkenaan turut mengajak untuk menjalani proses taaruf dengan suaminya.

    The post [VIDEO] Nora Danish Anggap Pelawaan Madu Mencuit Hati – ‘Mungkin Wanita Itu Bergurau, Saya Ambil Dari Sudut Positif’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah