30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Perlu Ke Minta Izin Suami Macam Dia, Saya Dah Tanya Ustaz’ – Linda Hashim

    Shopee Sale

    Pelakon Linda Hashim menjelaskan keadaannya yang didakwa tidak meminta izin suami semasa menunaikan Umrah pada Disember lepas.

    Artikel Berkaitan: Linda Hashim Kecewa Beego Sengaja Lambatkan Kes, Lafaz Taklik Ditangguh Pada Februari

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Nafi Beego Pujuk Rayu Untuk Pulihkan Hubungan – ‘Yang Berlaku Hanyalah Serangan Terhadap Saya’

    Tak layak jadi khalifah

    Ketika ditemui , Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 42, mempersoalkan tujuan meminta izin pada suami yang memudaratkan.

    Tambah Linda, dia sudah merujuk terlebih dahulu pada agamawan sebelum menunaikan ibadah umrah.

    Perlu ke saya minta izin pada suami macam dia? Saya dah tanya ustaz ustazah, mereka benarkan saya pergi.

    Bila suami yang memudaratkan kita dan tidak memberi nafkah, sudah tidak layak menjadi khalifah.

    Linda berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, sebentar tadi.

    ‘Atas ihsan penaja bukan sebab Allah jemput’

    Berkongsi lebih lanjut, Linda memaklumkan bahawa Beego mengetahui perancangannya untuk menunaikan umrah ekoran pasportnya yang diambil.

    MENARIK:  Iklan Ramadan & Raya Lazada 2021: Lebih Hebat Daripada Sebelumnya!

    Dakwanya lagi, Beego atau nama sebenar Aszerul Nizam Abdullah, turut mengatakan ibadah umrah pelakon berusia 42 tahun itu atas ihsan penaja dan bukan jemputan Allah.

    Saya nak pergi beribadah dan dia tahu. Pasport kami sekeluarga dia curi. Saya malas nak bergaduh, saya buat laporan polis dan buat pasport baru.

    Pengurus bagitahu yang dia cakap saya pergi umrah atas ihsan orang dan bukan atas jemputan Allah.

    Terdahulu, Linda menyorot perhatian apabila berkongsi tangkap layar mesej dipercayai daripada Beego berhubung ibadah umrahnya.

    Dalam mesej tersebut, Beego dilaporkan menulis: ‘Pergi umrah nanti pasti ada kifarah. Sama ada baik atau buruk, sebab masih berstatus isteri.

    The post [VIDEO] ‘Perlu Ke Minta Izin Suami Macam Dia, Saya Dah Tanya Ustaz’ – Linda Hashim first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah