Kebaikan dan rasa simpati yang ditonjolkan oleh seorang penghantar makanan telah menarik perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warga Emas Usia 71 Tahun Tetap Gigih Jadi Penghantar Makanan – ‘Hari Raya Pun Saya Kerja’
Artikel Berkaitan: Anzalna Minta Tolong Netizen Cari Info, Simpati Dengan Abang ‘Rider’ Tukar Lampin Bayi Atas Motosikal
Pimpin ‘uncle’
Menerusi perkongsian di TikTok, penghantar makanan yang dikenali sebagai Hakimi dilihat sedang memimpin tangan seorang warga emas sambil menaiki tangga di sebuah kediaman.
Menurut Hakimi, warga emas tersebut sebelum itu meminta pertolongannya kerana sukar menaiki tangga seorang diri.
Pagi tadi nak hantar pesanan, ketika naik ke tingkat satu ada seorang uncle minta tolong pimpin tangan dia sampai ke tingkat tiga sebab kaki dia tak kuat.
Alang-alang saya pun nak naik ke tingkat tiga, jadi apa salahnya.
Saya nak dukung dia sebab kesian, tapi dia tolak sebab dia cakap dia tak bersih. Jadi saya pun pimpinlah dia.
Semoga uncle ini diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala hal dalam hidup.
Ternyata kebaikan Hakimi telah dilimpahkan dengan rezeki apabila dia menerima banyak pesanan selepas membantu warga emas tersebut.
Selepas tolong uncle ini, pesanan terus masuk tak putus-putus.
Rindu arwah nenek

Dalam masa yang sama, Hakimi turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah neneknya dan mengimbas kembali momen ketika mereka bersama.
Rindunya nak pimpin arwah mak tok (nenek).
Tapi Allah takdirkan uncle ini untuk aku lepaskan rindu dekat arwah mak tok.
Dulu masa mak tok ada selalu pimpin tangan dia nak jalan dekat depan rumah. Sekarang cucu mak tok dah tak dapat pegang tangan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dengan tindakan murni Hakimi dan mendoakan agar kehidupannya sentiasa dipenuhi dengan kebaikan.
Sumber: TikTok Hakimi
The post [VIDEO] Penghantar Makanan Pimpin Warga Emas Naik Tangga Sampai Tingkat 3 – ‘Selepas Tolong Dia, Order Masuk Tak Putus’ first appeared on OHBULAN!.






