Pempengaruh Siti Awe berkongsi beberapa nasihat yang diterima daripada individu berpengalaman untuk menguruskan anak pertama sebagai ibu bapa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Buat Cara Kau, Aku Buat Cara Aku’ – Dr Say Tegur Orang ‘Judge’ Ibu Bapa Biar Anak Makan Sendiri
Artikel Berkaitan: Dr Say Kurang Setuju Pasangan Suami Isteri ‘Sleep Divorce’ – ‘Takut Lama Kelamaan Jadi Selesa & Biasa’
Banyak gaduh
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Siti Awe meluahkan kerisauannya yang akan banyak berselisih faham dengan suami setelah kehadiran anak pertama.
Sebenarnya saya risau akan banyak bergaduh dengan Faiz.
Sebab selama ini kita hidup memang ada banyak kebebasan. Nanti bila dah ada anak, saya takut perangai saya jenis suka mengungkit, suka berkira, rasa macam diri sendiri terpaling banyak buat kerja.
Padahal ini adalah tanggungjawab bersama.
‘First time parents’

Dalam pada itu, Siti Awe berkongsi beberapa pesanan yang dapat membantu pasangan di luar sana yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Dua-dua pun first time, tak reti apa-apa, jadi belajar sama-sama. Cakap elok-elok apa yang kita rasa dan apa yang kita harapkan daripada pasangan.
Jangan cakap secara memerli.
Kedua, kena agihkan kerja. Sebab kebanyakan masa mak yang akan uruskan anak.
Jadi perkara macam sendawakan bayi, tukar lampin, basuh botol susu semua biar suami yang uruskan.
Suami pun kena belajar baby language. Sebab bayi nangis bukan semata lapar, boleh jadi sebab perut kembung dan lampin basah.
Jadi, tidaklah setiap kali bayi nangis, beri pada maknya.
Pada akhir perkongsian, Siti Awe berharap agar nasihat yang diterimanya dapat dikongsi bersama agar dapat menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.
Sumber: TikTok @sitiawe
The post [VIDEO] Pempengaruh Kongsi Tips Bagi ‘First Time Parents’, Nak Elak Kerap Gaduh Dengan Suami – ‘Ini Tanggungjawab Bersama’ first appeared on OHBULAN!.



maklumla kadang2 mulut kita ni gerak dulu sebelum otak. Mulut pulak jenis berbisa
Mohon tips dari semuaaaa experienced mum
Jacquard Collection from @TUDUNGRUFFLE 


