30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Pemandu Bas & Lori Bawa Macam Pelesit, Nak Buktikan Apa?’

    Shopee Sale

    Pendakwah selebriti Iddin Ramli berang dengan pemandu muatan berat seperti lori dan bas yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan sehingga memudaratkan orang lain.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iddin Ramli ‘Ditangkap’ Berduaan Dengan Isteri, Tunjuk Bukti Gambar Kahwin Dekat Pihak Berkuasa

    MENARIK:  Kakak Ipar Simbah Pengantin Perempuan Dengan Cat Hitam Gara-Gara Dendam Tak Dijemput Ke Majlis

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iddin Ramli Perjelas Perlu Dengar Cakap Ibu Atau Isteri – ‘Suami Perlu Bijak Handle Situasi’

    Apa masalah pemandu lori/bas?

    " data-video-id="7513920505255169298" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @iddinramlii

    Apa masalah eh?

    ♬ original sound – وقاص – وقاص

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Iddin mempersoalkan segelintir pemandu muatan berat yang memandu secara merbahaya.

    Ujarnya, terlalu banyak kes kemalangan melibatkan muatan berat sehingga membawa maut.

    Pemandu bas dan pemandu lori yang bawa macam pelesit di tengah malam, apa yang korang nak buktikan sebenarnya?

    Korang nak buat siapa teruja? Laju-laju nak pergi mana?

    Kadang-kadang geram. Masyarakat jadi saksi. Kebanyakan orang yang memandu waktu malam tahu macam mana perangai orang-orang yang bawa muatan berat.

    Saya kalau dapat jemputan di luar negeri, pukul 2 ke 3 pagi kita bertolak.

    Dekat belakang ada yang menyucuk, bukan kereta tapi lori yang besar-besar dan bas persiaran dua tingkat.

    Korang tak fikir ke yang korang bawa muatan berat? Salah langkah boleh membahayakan nyawa orang lain.

    Kemungkinan untuk kemalangan itu lebih tinggi daripada kenderaan biasa.

    Tak belajar ke daripada kesalahan lalu? Bukan tahun ini saja yang ada kemalangan melibatkan lori dan bas, tapi tahun-tahun lalu pun dah ada.

    Muatan berat laju

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Iddin yang memberi kesedaran kepada pemandu muatan berat. Selain itu, warganet turut berkongsi pengalaman menaiki muatan berat yang dipandu laju.

    Sumber: TikTok @IddinRamli

    The post [VIDEO] ‘Pemandu Bas & Lori Bawa Macam Pelesit, Nak Buktikan Apa?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah