26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] 10 Tahun Tak Berlakon, Zahida Rafik Idam Watak Yang Mencabar & Lasak Untuk Buat ‘Come Back’

    Shopee Sale



    Hampir 10 tahun tidak muncul di kaca televisyen dan layar skrin, pelakon Zahida Rafik memberitahu dia rindu untuk kembali berlakon.

    Masa tak sesuai

    Menerusi temu bual bersama Zahida atau nama sebenarnya Zahidah Mohamed Rafik berkata, kalau diikutkan dia sudah lama pencen daripada bidang lakonan.

    Namun, perasaan rindu itu sudah semestinya ada dalam dirinya.

    Kalau diikutkan saya dah lama pencen. Tapi tawaran berlakon sentiasa ada. Kadang-kadang rindu nak berlakon datang saya pula yang sibuk.

    Saya suka melancong dan menikmati alam semula jadi. Bila ada tawaran, saya pula tak boleh nak bagi komitmen sebab tak ada masa.

    Bila saya free tiada pula orang bagi tawaran berlakon. Jadi macam itulah.

    Tambah Zahida, perasaan rindu itu timbul apabila dia melihat kawan-kawannya masih aktif berlakon.

    Bila tengok kawan-kawan berlakon perasaan rindu itu masih ada. Tapi selepas lama tak berlakon, saya takut nak ambil naskhah yang episodnya panjang.

    Saya lebih selesa memiih yang pendek bila nak buat ‘come back’ nanti.

    Disoal mengenai watak yang diidamkan sekiranya diberi tawaran untuk berlakon, Zahida secara ringkas menjawab dia mahu watak yang mencabar dan lasak.

    Kalau zaman saya berlakon dulu, semua pengarah yang ada semua ternama dan tak ramai macam sekarang. Dulu terhad tapi semua naskhah yang dihasilkan semua best.

    Bila mereka beri tawaran kita jadi teruja nak berlakon. Baru-baru ini, saya dapat tawaran episod panjang tapi kawan saya ganti. Tawaran itu daripada David Teo. Mengenai tawaran filem pula belum ada.

    Zahida ditemui pada Malam Bersamamu Rafah 2024 di Glamhall Damansara, semalam.

    MENARIK:  'Saya Bukan Sombong, Tapi Sebenarnya Saya Seorang Introvert' - Saixse

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah