32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Noor Nabila Beri ‘Hint’ Ingin Kembali Berumah Tangga? – ‘Kita Nak Naik Pelamin Tahun Depan’

    Shopee Sale

    Pelakon jelita, Rozita Che Wan terpukau melihat usahawan dan pempengaruh, Noor Nabila yang dikatakan berbeza di dalam media sosial dan secara bersua muka.

    Artikel Berkaitan: Wanita ‘Backup’ Noor Nabila, Disindir Kerap Tukar Pasangan – ‘Baguslah Dia Move On’

    MENARIK:  POV XTRA: Kamal Adli Belajar Minta Maaf Kepada Diri Sendiri, Akui Mental & Tubuh Dah Penat – ‘Saya Seorang Yang Gagal Sebagai Manusia, Ketua…’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noor Nabila Mohon Hentikan Fitnah, Tiada Hubungan ‘Special’ Dengan Sharnaaz – ‘Tidak Rujuk, Kami Profesional’

    Kahwin tahun depan?

    " data-video-id="7523260543302520072" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @rosixomar25

    Citer sini hbs sini! #rosixomar

    ♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nabila dilihat bersama sahabat baiknya iaitu Rosix Ahmad di sebuah restoran bersama Rozita Che Wan dan anak lelakinya, Ammar Effendy.

    Pada video berdurasi 24 saat itu, Rozita atau mesra disapa Che Ta memuji Nabila yang memiliki struktur muka yang kecil.

    Bagaimanapun, reaksi kakak kepada usahawan terkenal, Neelofa itu meraih perhatian dengan berseloroh ingin kembali berumah tangga.

    Kita nak naik pelamin tahun depan.

    Untuk rekod, Noor Nabila Noor Nabila mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013 namun perkahwinan itu tidak bertahan lama sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2014.

    Pada Mac 2017, Nabila bernikah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

    Nabila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami kepada penyanyi dan pelakon, Erra Fazira iaitu Engku Emran pada 19 Mac 2021 namun bercerai dua tahun selepas itu.

    Sumber: TikTok @rosixomar25

    The post [VIDEO] Noor Nabila Beri ‘Hint’ Ingin Kembali Berumah Tangga? – ‘Kita Nak Naik Pelamin Tahun Depan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah