30.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Niezam Zaidi Masih Pertimbang Saman Terhadap Individu Sebar Fitnah, Maafkan Individu Yang Sindir ‘Cadar’

    Shopee Sale

    Pelakon Niezam Zaidi mempertimbangkan keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menjadi punca namanya dikaitkan dengan seorang pempengaruh dari Singapura. 

    Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Beri Respon Dilabel ‘Terpaling Closed Friend’ Niezam Zaidi – ‘Fikir Kenapa Artis Nak Kawan Dengan Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Yasmine Nafi Jadi Orang Ketiga, Dakwa Hanya Kawan Rapat Niezam Zaidi – ‘Dah Setahun Kami Kenal’

    Fitnah semata

    Ketika ditemui , Niezam, 33, menafikan dakwaan bahawa dia berlaku curang sepanjang menjalinkan hubungan bersama Fify Azmi.

    Tambah Niezam, dia memilih untuk berdiam diri kerana menyedari tidak semua pihak akan mempercayai penjelasan yang diberikan olehnya.

    Apa sahaja naratif yang telah diperkatakan, demi Allah, tidak sama sekali benar. Naratif yang dibuat itu, pada pandangan saya, hanya mengaitkan sebelah pihak.

    Apa yang berlaku sebenarnya melibatkan aib dan privasi seseorang. Bukan seperti naratif yang digambarkan.

    Saya diam sebab apabila kita bersuara, bukan semua orang akan percaya.

    Niezam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Poster dan Runut Bunyi Filem Orang Perang yang berlangsung di Hextar World Empire, Petaling Jaya.

    Dalam pada itu, Niezam memaklumkan bahawa dia telah mendapatkan nasihat daripada peguam yang melihat kes berkenaan mempunyai peluang cerah untuk dimenanginya.

    Bagaimanapun, Niezam akui bahawa keputusan untuk menghantar surat tuntutan (LOD) masih dalam pertimbangan atas dasar ihsan.

    Saya dah dapatkan pandangan daripada beberapa peguam. Peguam beritahu kemungkinan saya untuk menang kes ini adalah besar.

    Apabila saya dengar perkara itu, saya terfikir tentang keluarga pihak berkenaan.

    Buat masa sekarang, saya mahu fokus terlebih dahulu kepada filem ini. Hal peribadi saya letakkan dahulu. Saya belum failkan surat tuntutan (LOD).

    Saya teragak-agak untuk failkan sebab rasa ihsan.

    Maafkan semua orang

    Selain itu, Niezam mendedahkan dirinya terus-menerus menjadi sasaran sindiran sehingga perkara berkenaan turut memberi kesan terhadap dirinya dan keluarga.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sekiranya Saya Sudah Tiada Lagi, Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Pada Perintah Allah’

    Bagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun itu memilih untuk memaafkan setiap individu yang pernah mempermainkan imejnya susulan isu berkenaan.

    Sudah tentu perkara itu memberi kesan. Di kampung, ada orang lalu depan rumah dan menjerit, “Cadar, cadar!” Itu rumah mak ayah kita, rumah keluarga kita.

    Saya maafkan sesiapa sahaja yang pernah bercakap tentang saya. Termasuk jenama-jenama besar yang pernah menyindir atau menggunakan perkataan “cadar” untuk mempermainkan nama saya.

    Saya tak mahu mencari sesiapa. Jangan pula cari saya di akhirat nanti. Pergilah. Mahsyar itu luas. Di dunia pun kadang-kadang enam tahun kita tidak berjumpa.

    Terdahulu, pelakon Fify Azmi memuat naik beberapa tangkap layar perbualan teman lelakinya dengan Sarah Yasmine. Meskipun tidak mendedahkan nama individu tersebut, Fify memberi bayangan kekasihnya itu seseorang yang mempunyai inisial NZ.

    The post [VIDEO] Niezam Zaidi Masih Pertimbang Saman Terhadap Individu Sebar Fitnah, Maafkan Individu Yang Sindir ‘Cadar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah