31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Kurang Senang Nashkay & Bekas Suami Bekerjasama, Empunya Badan Tampil Perjelas – ‘Kami Tak Duduk Sekali’ 

    Shopee Sale

    Hubungan baik antara personaliti media sosial dan ushawan, Nashkay dengan bekas suaminya Kelana Shamsudin Alamudi ternyata telah mengundang rasa kurang senang terhadap segelintir warganet.

    Artikel Berkaitan: Nashkay & Suami Sah Bercerai, Harap Jadi ‘Co Parent’ Terbaik Buat Anak-Anak

    MENARIK:  Peminat ‘Kerasukan’ Tengok Akon Depan Mata, Siap Boleh Sing Along Lagi!

    Artikel Berkaitan: Pempengaruh Dakwa Suami Usia 64 Tahun Main Kayu Tiga – ‘Cukup Salahkan Saya Sedangkan Yang Terlanjur Itu Awak’

    Komen netizen

    " data-video-id="7541050321578052870" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @nashkayscarf

    Replying to @lizaliezz🍒

    ♬ original sound – Nashkay – Nashkay

    Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, Nashkay berkongsi salah satu komen yang ditulis oleh seorang warganet.

    Lebih baik macam dulu. Berbaik balik daripada berdua macam tu, boleh kena fitnah nanti.

    Penjelasan Nashkay

    Tidak berdiam diri, Nashkay atau nama lengkapnya Siti Nur Nashrah menjelaskan tentang keadaan sebenar mengenai hubungannya dengan bekas suami.

    Kami tak duduk sekali, saya jaga bahagian marketing tapi bukan hari-hari kena ada dekat situ (premis perniagaan).

    Kami tak jumpa hari-hari pun, hanya sesekali sahaja. Itu pun bila kami berdua perlu buat siaran langsung dan staf pun akan ada bersama.

    Bila perpisahan berlaku mesti ada sebab dan ia adalah sesuatu yang besar tetapi kita pilih untuk tak mahu menyebarkan aib. Harap netizen faham.

    Terdahulu, menerusi hantaran di media sosial, Nashkay mengesahkan rumah tangganya bersama suami sudah berakhir.

    Menurut Naskhay, perceraian berlaku kerana tiada lagi persefahaman namun dia dan suami memilih untuk menjaga hubungan baik demi anak-anak.

    Sebelum ini, tular beberapa hantaran dibuat Nashkay yang mendakwa suaminya berumur 64 tahun berlaku curang dengan wanita lain.

    Mereka kemudiannya dilihat sudah berbaik selepas melakukan sesi siaran langsung bersama-sama bagi mempromosikan perniagaan.

    Sumber: TikTok Nashkay

    The post [VIDEO] Netizen Kurang Senang Nashkay & Bekas Suami Bekerjasama, Empunya Badan Tampil Perjelas – ‘Kami Tak Duduk Sekali’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah