
Kenyataan pelakon Nadhir Nasar mengenai dirinya yang masih ‘single’ membuatkan rata-rata peminat menarik nafas lega.
Nadhir single ke?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar dilihat menjawab pertanyaan pengasas jenama terkenal Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi.
Difahamkan, Nadhir bakal pulang ke Kuala Kangsar untuk meraikan hari raya bersama keluarga tercinta untuk tahun ini.
Namun, apa yang meraih perhatian, aktor berusia 28 tahun itu akui tidak mempunyai teman istimewa buat masa sekarang.
Peminat syukur




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur dengan pengakuan yang dibuat oleh pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi itu. Selain itu, peminat turut berseloroh untuk terus mencuba nasib menakluk hati Nadhir.





