Selepas menyertai sebuah program realiti, anak perempuan kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah iaitu Audra sering mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: “Tak Sangka Keluarga Saya Menjadi Tumpuan” – Sharifah Shahira & Anak-Anak Kini Di Kaca TV!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Odah..Kalau Dah Jadi Artis Nanti, Jangan Jadi Penyondol’ – Sharifah Shahirah Nasihat Anak
Respon komen negatif

Menerusi perkongsian di podcast Too Pretty To Handle, pemilik nama Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 51, itu mengambil pendekatan untuk tidak memberikan respon terhadap kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya dan anak.
Saya cuba untuk tidak jawab. Jangan balas dan jangan respon sangat sebab mereka tidak tahu.
Baca juga (kecaman), tapi tak (beremosi).
Tapi saya sedih dengan mereka. Kesian dengan mereka..baru lepas mengaji pun cakap benda tak elok..sembahyang lima waktu tapi cakap menyakitkan orang..mungkin kadang-kala saya akan berfikir begitu.
Bagaimanapun, sebagai ibu, Shahirah menasihati Audra atau lebih mesra disapa Odah, supaya tidak berbalah dengan warganet.
Kalau kita nak terangkan..apa lagi yang kita boleh betulkan mereka?
Saya cakap pada Odah, ‘mereka ini akan selalu nak menang, kau jangan gaduh dengan mereka’.
Bukan perkara mudah

Tambah Shahirah lagi, warganet sering mempersoalkan dirinya seolah-olah tidak pernah menegur atau mendidik anak-anak.
Mereka asyik cakap, ‘mak kau tak ajar ke?’
Kita ajar, ingat senang ke anak-anak nak dengar?
Tapi saya bersyukur, ada yang dekat dan kenal dengan saya..itu sudah cukup.
Sumber: Podcast Too Pretty To Handle
The post [VIDEO] ‘Mereka Cakap, Mak Kau Tak Ajar Ke?’ – Sharifah Shahirah Nasihat Odah Jangan Gaduh Dengan Netizen first appeared on OHBULAN!.





