Penyanyi dan guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat menerima pujian warganet atas bacaan mengajinya yang lunak ketika tampil secara virtual dalam sebuah program stesen televisyen swasta.
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Datuk Shafinaz Ajar Qari & Qariah Teknik Pernafasan
Artikel Berkaitan: ‘Setuju Dengan Syafinaz’ – Siti Nurhaliza Akui Nadeera Zaini Ada Kualiti Tapi Sayang Kurang Dapat Sokongan
Sedap suara

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Syafinaz yang manis mengenakan hijab membaca potongan ayat surah al-mulk dari ayat 22 hingga 23.
Lebih mencuri perhatian, bacaan Syafinaz mendapat pujian luar biasa daripada seorang ustaz yang menyanjung kemantapan tajwidnya.
Menurut komen mereka, bacaan panjang dan pendeknya disempurnakan dengan baik.
Bacaan itu turut mendapat penilaian mumtaz daripada para juri, yang menyifatkannya sebagai terbaik.
Komen netizen


Hantaran itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya memuji lunakan suara penyanyi itu.
Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji keindahan suara penyanyi itu dan turut terpesona dengan penghayatannya.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Syafinaz Selamat Curi Perhatian, Bacaan Mengaji Dipuji Terbaik first appeared on OHBULAN!.





