25.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Meerqeen Kongsi Rahsia Kejayaan, Terap Pasang Matlamat Sejak Sekolah – ‘Saya Ada Goal Board Dalam Almari’

    Shopee Sale



    Pelakon Meerqeen berkongsi rahsia kejayaannya dan amalan yang dilakukan untuk memperoleh sesuatu di dalam hidup.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dapat Buah Hati Saya, Akhirnya’ – Meerqeen Teruja Berjaya Beli Kereta Kedua Berharga Cecah RM600k

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Suka Wanita ‘Bare Face’, Dedah Bagi ‘Silent Treatment’ Kalau Merajuk

    Pasang matlamat

    Menerusi perkongsian di TikTok, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, berkata, dia menerapkan amalan memasang matlamat sebagai motivasi diri.

    Saya tak pernah rasa saya dah berjaya tapi rahsia saya dalam perjalanan hidup saya adalah tidak pernah berputus asa. Kena selalu pasang ‘goals’ dalam hidup untuk kita bergerak setiap hari.

    Jadi maksudnya, bila ada ‘goals’ awak akan motivasikan diri sendiri. Benda itu yang saya terapkan sejak sekolah lagi. Saya akan dapatkan apa yang saya mahukan dan apa yang saya ada sekarang.

    Benda itu jadikan pembakar semangat saya hari-hari. Awak kena ada ‘goals’ lepas itu kena bekerja keras. Kalau kita rasa penat, kita kena fikir orang lain kerja lagi penat daripada kita.

    Dalam pada itu, Meerqeen memberitahu dia mempunyai ‘goal board’ atau satu ruangan untuk meletakkan segala impian yang mengingatkan diri kepada objektif bekerja.

    Macam saya ‘goals’ ni kita punya angan-angan tapi kena letak dekat awak punya ‘goal board’. Saya dekat rumah dalam almari ada ‘goal board’.

    ‘Goal board’ tu contohnya, saya nak sesuatu barang dalam umur tertentu. Contoh umur saya 23, saya cakap saya nak ada jet peribadi. Saya letak dekat ‘goal board’ itu untuk saya bergerak setiap hari tanpa berputus asa.

    Tambah Meerqeen, setiap orang perlu memiliki matlamat dalam hidup dan bergaul dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran yang sama dalam hidup untuk berjaya dalam hidup.

    Semua orang kena ada ‘goals’ sebab untuk motivasikan diri kita setiap hari. Benda itu yang saya terapkan dan duduk dengan orang-orang yang sama dengan awak maksudnya orang-orang yang sama-sama nak berjaya.

    MENARIK:  Amir Masdi Perkenal Sisi Berbeza Dengan Single Inggeris ‘Take Me Home’
    " data-video-id="7391790428120468743">
    @trprsfghtrs love when he starts to talk about his goals, what he wants to achieve in his life/career. ? That’s the reason why I’m still here for him since 2020. Stay humble star? #Meerqeen ? original sound – Emma ?

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah