30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Masya Masyitah Kembali Aktif Di Sosial Media Selepas Setahun ‘Hilang’, Netizen Baru Tahu Rupanya Dah Tak Bertudung

    Shopee Sale



    Masya Masyitah

    Selepas setahun menyepi tanpa sebarang perkembangan, bekas penyanyi Masya Masyitah akhirnya kembali aktif di media sosial.

    Kembali aktif di socmed

    Masya Masyitah

    Menerusi hantaran di TikTok, Masya atau nama lengkap Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, berkongsi video dia sedang menyediakan hidangan pizza.

    Dalam klip berdurasi 51 saat itu, Masya menunjukkan cara membuat pizza bermula dari penyediaan tepung adunan, menyapukan sos, meletakkan pes dan hiasan hingga proses membakar.

    Tindakan pelantun lagu ‘Teman Bintang’ kembali memuat naik video di sosial media telah mengubati kerinduan peminatnya.

    MENARIK:  Remy Ishak Seakan ‘Hidup’ Semula, Seronok Lihat Peningkatan Kualiti Filem Dalam Negara – ‘Tak Sabar Nak Berlakon Balik’

    Manakan tidak, kali terakhir Masya berkongsi video di TikTok adalah pada Ogos 2023 dan Instagram miliknya juga dipercayai sudah dinyahaktif atau ‘deactive’.

    Tidak hanya rindu, terdapat juga segelintir netizen yang baru sedar bahawa juara pertandingan Ceria Popstar 2014 itu tidak lagi berhijab.

    Terdahulu, nama Masya menjadi sebutan susulan keputusannya untuk menanggalkan tudung.

    Malah, Masya juga mengumumkan mahu mengundur diri dari industri dan tidak mahu lagi aktif sebagai penyanyi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah