Pelakon Azhar Sulaiman berpendapat, insiden tragis melibatkan seorang pelajar perempuan maut dipercayai ditikam oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun itu berpunca daripada pengaruh serta kecanggihan peranti elektronik yang digunakan oleh generasi muda masa kini.
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Jiwai Watak Orang Cacat Hingga Kaki Bengkak
Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan 16 Tahun Maut Ditikam Pelajar Lelaki 14 Tahun
Kemudahan internet
Menerusi perkongsian di Facebook, Azhar menjelaskan bahawa punca utama berlakunya isu keganasan dalam kalangan remaja berpunca daripada kemudahan akses mereka terhadap gajet dan internet tanpa kawalan.
Tegasnya, desakan agar Menteri Pendidikan, Fahlina Sidek meletakkan jawatan adalah tidak wajar.
Macam-macam masalah berlaku di sekolah yang saya rasa tak patut kita salahkan Menteri Pendidikan, sekolah, atau Jabatan Pelajaran Negeri.
Saya rasa semuanya pun telah melakukan yang terbaik.
Masalah sebenar adalah gajet. Mereka terdedah dengan budaya tak elok.
Kalau mereka pakai telefom bimbit yang tidak canggih, mereka tidak akan dapat akses kepada laman web lucah.
Budak-budak sekarang pandai.
Saya rasa, fikir semula. Masalah kita adalah akses remaja kepada bahan-bahan yang merbahaya.
Sekadar info, suspek yang merupakan pelajar lelaki tingkatan dua dilaporkan membawa senjata tajam jenis pisau sebelum menyerang mangsa yang berusia 16 tahun.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.
Difahamkan, pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mendapatkan butiran lanjut.
Sumber: Facebook @azhar sulaiman
The post [VIDEO] ‘Masalah Sebenar Adalah Gajet, Pelajar Terdedah Dengan Budaya Tak Elok’ – Azhar Sulaiman first appeared on OHBULAN!.





